16 Mac 2009

Bolehkah Najib pastikan kabinetnya tidak rasuah ?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menasihati Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memastikan barisan Kabinet yang beliau akan lantik apabila menjadi Perdana Menteri nanti terdiri daripada mereka yang bersih daripada sebarang bentuk rasuah.

Bekas Perdana Menteri berkata ketika ini ramai di kalangan rakyat yang memerhatikan senario politik negara terutama menjelang pemilihan Umno hujung bulan ini.

"Masyarakat memang tahu siapa yang terbabit dengan rasuah kerana mereka memberikan wang secara agak terbuka, dan pihak yang menerima pula bercakap bahawa mereka menerima wang itu yang bertujuan memenangi sokongan mereka.

Adakah nasihat dari TDM adalah seumpama memperli Najib sendiri yang bergelumang dengan kes Rasuah dan pelbagai skandal. Mana boleh akan ujud sebuah kabinet yang dinasihatkan oleh TDM kalau PM yang mengepalai kabinet itu adalah "bapa rasuah".

Sehingga sekarang kes rasuah membabitkan pembelian kapal selam dan
helikopter "eurocopter" masih tidak dibersihkan oleh beliau. Najib juga sering dikaitkan dengan kes Altantuya yang menjadi tanda tanya banyak pihak.

Suasana yang berlaku dalam UNO sekarang saya anggap sebagai"tsunami perebutan jawatan" yang amat dasyat dalam sejarah pemilihan UMNO. Kalau Dato Husam Musa menyebut dia ada 1000 bukti , jumlah sebenarnya tentu lebih dari itu.

Dato, Mazlan dan Dato' Kadar melaporkan 100 kes yang perlu diselesaikan sebelum pemilihan hujung bulen ini, sehingga mereka menyatakan kesedian membawanya ke Mahkamah kalau tidak dapat diselesaikan oleh Pak Lah. UMNO terdedah kepada resiko diharamkan untuk kali ke 2 ?

Demikian parahnya penyakit UMNO, dan saya sangat yakin TDM mengikuti perkembangannya dengan lebih teliti, malah mustahil dia tidak dilaporkan keadan sebenar ,atau pastinya ada yang mengadu masalah, kalaupun bukan untuk mendapat "syafaat" lagi.

5 ulasan:

Unknown berkata...

Camna nak pilih calon yg tak terlibat dgn rasuah sedangkan yang bakal jadi PM pun terlalu rasuah dan majoriti bakal calon kabinetpun terbalit habis-habisan dalam rasuah?

Unknown berkata...

BAPA KENCING BERDIRI,ANAK KENCING BERLARI......

mohd ali ismail berkata...

YB.Idham,
Tak munkin kabinet yang akan dipilih oleh Najib akan merupakan satu gagasan yang bersih dari tumahan rasuah.Pertama;rasuah,nepotism,cronysm sudah menjadi darah daging pentadbiran UMNO/BN selama ini.Kedua;bukan sahaja dikalangan oranag politik UMNO/BN sahaja berkelakuan begitu tabiat ini juga ada meresap dikalangan orang2 kerajaan , badan berkanun kerajaan dan pentadbiran dalam syarikat gergasi kepunyaan kerajaan.Jadi bagimana Najib bolih membersihkan kekotoran ini tanpa membuang semua ahli kabinet yang ada,kakitangan2 kerajaan beserta dengan pekerja2 syarikat2 gegasi kepunyaan kerajaan ini.Saya rasa susah jika tidak mustahil.

Unknown berkata...

sya sokong penuh kenyataan mohd ali ismail...

Tanpa Nama berkata...

masa tdm dolu pun penuh dgn korupsi ,knapa tak da action ! jgn merapulah pakjib pasti tak leh kerana payah nak cari yg bersih dlm tu.rasa geli geleman weh....