Oleh : jerung
Email dari : abi uma
"Adakah dengan fasih berbahasa inggeris kita akan maju. Adakah bahasa inggeris adalah bahasa ilmu. Adakah kita akan menjadi senang dengan fasih berbahasa inggeris? Persoalan ini perlu dijawab dengan melihat negara-negara yang maju seperti Jepun, Korea dan juga negara yang berjiran dengan negara yang menggunakan bahasa inggeris ini iaitu Europe. Ni nak cerita pasal pengalaman jalan-jalanlah. Bukan cerita rekaan, tapi benar-benar terjadi.
Aku ni kira fasih berbahasa inggerislah, pergi ke Spain, di airport kastam tanya dalam bahasa Spanish, aku jawab balik dengan bahasa isyarat, sebab, aku fasih bahasa inggeris, bahasa ilmulah katakan. Aku ke Jerman, nak beli tiket train di Jerman, dah pulak kena cakap bahasa jerman, tak tahu, bahasa isyaratlah lagi, sebab aku fasih inggeris. Jalan-jalan di Italy, sesat, tanya orang disana, lagi...... guna bahasa isyarat. Aku pergi conference di Gran Canaria, nak shoppinglah katakan, aku kena guna bahasa isyarat lagi. Lepas tu nak pergi melawat tempat-tempat menarik, ada satu booth tempat pelancung, aduh.... kat situ pun aku kena guna bahasa isyrat.
Berkata-kata aku dalam hati, bahasa isyarat yang paling penting buat aku yang fasih berbahasa inggeris. "

1 ulasan:
Saya seorang yang meminati bahasa. Bagi saya, adalah sesuatu yang merugikan apabila begitu banyak bahasa menjadi pupus. Dengan hilangnya sesuatu bahasa, maka hilanglah segala khazanah ilmu yang berkaitan dengan bahasa itu. Kalau saya mampu, saya teringin fasih dalam banyak bahasa di samping bahasa ibunda dan bahasa Inggeris. Tapi apakan daya, umur sudah agak banyak dan ingatan pun kurang baik......
Saya cintakan bahasa Melayu. Saya juga cintakan bahasa Inggeris. Banyak buku yang saya baca, sejak dari kecil, dalam kedua-dua bahasa dan banyak kenangan manis yang saya kaitkan dengan kedua-dua bahasa. Saya tidak merasa 'terjajah' kerana' menggunakan bahasa yang lain daripada bahasa saya sendiri kerana 'keMelayuan' saya bukan terletak pada percakapan saya semata-mata.
Saya harap bahasa Melayu bukan sahaja kekal tapi akan terus berkembang agar sentiasa relevan. Tapi saya tidak benci untuk menggunakan bahasa lain.
Satu perkara yang MUNGKIN wajar kita timbangkan - tentang mengapa Jepun dan Korea tidak perlu kepada bahasa lain untuk maju. Bagi saya, kedua-dua negara ini berdikari - R&D mereka sentiasa berkembang dan inovatif. Mereka tidak bergantung kepada negara lain untuk peralatan moden, mereka boleh cipta dan keluarkan sendiri. Mereka tidak ketinggalan dari segi teknologi, malah kadangkala mendahului.
Adakah Malaysia dalam kedudukan yang sama?
Sekadar lontaran.
Catat Ulasan