28 January 2014

BN akan tanding DUN Kajang - Muhyiddin

26 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
BN akan tanding DUN Kajang - MuhyiddinTIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan sijil dan pingat Perkhidmatan Cemerlang kepada Datuk Marina Chin Abdullah pada Majlis Penyampaian Amanat Tahun Baru Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail
PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) bersedia untuk meletakkan calon bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, pihaknya akan menunggu pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan DUN berkenaan berikutan peletakan jawatan oleh Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu semalam. 

"Mengikut amalan demokrasi di negara ini sekiranya sesuatu kawasan itu kosong dan SPR juga mengumumkan perlunya ada pilhan raya.. menjadi amalan biasa untuk kita meletakkan calon... takkan kita nak biar begitu saja. 

"Tidak kira siapapun calon diletakkan pembangkang...kita akan umum calon selepas pengumuman SPR nanti," katanya pada sidang media selepas Majlis Perutusan Menteri Pendidikan di sini sebentar tadi.BH/-

No comments: