28 Januari 2014

4 lelaki larikan van syarikat keselamatan bawa wang tunai RM3.3 juta

26 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KUALA SELANGOR: Empat lelaki melarikan sebuah van syarikat keselamatan yang membawa wang tunai RM3.3 juta dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Ijok, kira-kira jam 10 pagi tadi. 

Dalam kejadian itu, empat pengawal keselamatan yang berada di dalam van turut dilarikan ke sebuah ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian sebelum suspek membakar van berkenaan selepas memindahkan sembilan beg berisi wang ke kenderaan lain. 



Jurucakap polis berkata, dalam kejadian itu, dua pengawal keselamatan terbabit kerana melecur dan dihantar ke Hospital Tanjong Karang manakala senjata jenis 'pump gun' milik mereka turut dilarikan suspek. 

Tiada ulasan: