31 Januari 2014

Dua Penjenayah Kes Tembak Berhampiran Plaza Tol Behrang Diberkas

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

IPOH: Dua penjenayah yang melarikan diri ke kawasan hutan selepas kejadian berbalas tembakan dengan polis berhampiran Plaza Tol Behrang, Isnin lepas, berjaya diberkas dalam dua serbuan berasingan di SlimRiver, kira-kira 70km dari sini.
Suspek pertama, 24, ditangkap ketika sedang tidur di sebuah rumah kongsi di Kampung Balun, Slim River pukul 3.10 petang, Selasa lepas, manakala suspek kedua berusia 27, ditangkap pada 10.50 pagi Khamis ketika berjalan kaki mendaki sebuah bukit terletak dua kilometer dari rumah kongsi itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata hasil siasatan mendapati kedua-dua lelaki itu adalah suspek yang meninggalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Audi Q7 selepas berbalas tembakan denganpihak polis di tepi Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Behrang. "Mereka diberkas empat kilometer dari tempat kenderaan SUV itu ditinggalkandan kita masih mengesan senjata yang digunakan dalam kejadian itu," katanyakepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini. Mohd Dzuraidi berkata ia adalah berdasarkan barangan yang ditemui bersamasuspek iaitu wang tunai dan sekeping cek bernilai RM17,000 yang disamun dalamkejadian di Rawang, Selangor pada Isnin lepas.
Polis turut menjumpai dua telefon bimbit, wang tunai RM648, 10 dolar Singapura, lesen memandu milik Fazrul Zainol, lesen cukai jalan serta beberapa kad bank, katanya.
Mohd Dzuraidi berkata polis percaya kedua-dua suspek daripada sekumpulanpenjenayah dipercayai serpihan Geng Mamak.
"Kedua-dua suspek ditangkap berdasarkan maklumat awam selepas polis menggerakkan Op Kesan selepas mereka berjaya meloloskan diri bersembunyi di kawasan hutan berpaya berdekatan plaza tol itu, Isnin lepas.
"Semasa ditahan, kedua-dua suspek dalam keadaan basah dipercayai disebabkanpersekitaran hutan yang berpaya selain mengalami keletihan," katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian samun kenderaan jenisSUV Volkswagen Touareg berhampiran kedai ubat di Bercham, di sini pada Rabu lepas turut melibatkan kumpulan penjenayah sama.
Mohd Dzuraidi berkata selain itu kumpulan penjenayah berkenaan menggunakan lebih daripada satu kenderaan semasa kejadian samun di Rawang, katanya.
Beliau berkata kumpulan penjenayah berkenaan dipercayai terlibat beberapa kes samun di daerah Taiping, Ipoh, Kerian dan Rawang selain di negeri Kedah, Pulau Pinang serta Johor.
Kedua-dua suspek yang mempunyai rekod orang dikehendaki berkaitan kes dadahserta terlibat kes curi kenderaan motor dan pernah dikenakan Langkah-LangkahPencegahan sebanyak tiga kali itu, direman sehingga 4 Feb ini, katanya.
Beliau berkata Geng Mamak yang merupakan kumpulan penjenayah terancang danpaling dikehendaki polis yang menggunakan kenderaan mewah untuk kegiatan merekasebelum ini dikesan kembali aktif sejak tiga bulan lepas.-BERNAMA

Tiada ulasan: