05 Disember 2013

Sultan Kelantan lawat Karangkraf, lancar al-Quran

1 Safar 1435H. [MOD] -

  • Sultan KelantanKDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (kanan) meneliti naskhah pertama al-Quran di Majlis Pelancaran Penerbitan al-Quran Karya Bestari dan lawatan ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. - Foto Sinar Harian
 1 / 1 
KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (kanan) meneliti naskhah pertama al-Quran di Majlis Pelancaran Penerbitan al-Quran Karya Bestari dan lawatan ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - [Dikemaskini] Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat Kompleks Kumpulan Media Karangkraf diiringi  Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, di sini, hari ini.


Keberangkatan baginda adalah bagi melancarkan penerbitan Al-Quran Karya Bestari.

Gimik pelancaran perasmian al-Quran bermula dengan dua pemuda membawa bungkusan naskhah kitab suci  itu dengan menunggang kuda.

Karya Bestari telah mempelopori satu trend baru penerbitan al-Quran di Malaysia iaitu al-Quran berfesyen dan terjemahan perkataan. Terbit dengan kualiti terbaik, dijual dengan harga termurah. Sesuai dengan moto, Penerbitan al-Quran Karya Bestari: Rujukan terlengkap memahami al-Quran, akan menyusul pelbagai lagi al-Quran terbitan Karya Bestari, termasuk al-Quran dalam versi epen dan digital.

Untuk masa akan datang sebanyak 12 lagi bentuk dan saiz al-Quran akan diterbitkan dalam usaha menggalakkan lebih ramai masyarakat memiliki kitab suci ini di rumah. Moto kami ialah "Satu Rumah Satu al-Quran".

Sinar/- 

Tiada ulasan: