08 Februari 2008

Zam : Rakyat Bukan Macam "Hang".

Semakin hampir dengan pilihanraya semakin banyak pujukan dan rayuan dari pemimpin UMNO supaya rakyat menolak pembangkang. Alasan nya tidak lain pembangunan dan kestabilan negara. seolah-olah hanya dengan BN sesebuah negara itu akan stabil dan maju.




Wahai menteri yang "kurang cerdik" tahukah anda dinegara maju lain adakah Jepun, Korea, dan China di sana mana ada BN dan UMNO. Kalau kerana BN dan UMNO sesebuah negara itu maju kenapa sampai sekarang sangat bergantung kepada teknologi asing dari negara tersebut. Hakikatnya yang tak maju adalah pemikiran Zam sendiri. Jangan ingat rakyat tidak cerdik macam "hang".

Zainuddin Maidin meminta rakyat jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang mahu mereka menukar kerajaan sekarang pada pilihan raya akan datang. Menurut beliau, kerajaan sedia ada terbukti cukup baik, malah di bawah kepimpinan PM, Abdullah Ahmad Badawi, negara semakin maju ke hadapan. ‘‘Jangan dengar hasutan pembangkang supaya dibuat perubahan (tukar kerajaan). Rakyat tidak perlu melakukan perubahan, sebaliknya menyokong kepimpinan sedia ada kerana kita bukan negara yang mundur, kita semakin maju,” katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Merbok bercakap kepada pemberita selepas beramah mesra dengan penduduk Flat Paya Nahu 2, di sini, hari ini. Menurut Zainuddin, beliau yakin rakyat negara ini bijak membuat keputusan dan tidak akan terpedaya dengan hasutan seumpama itu. Kata beliau, rakyat seharusnya memberikan sokongan padu kepada calon BN pada pilihan raya umum ke-12 supaya kestabilan negara dapat dikekalkan.

Sebenarnya apakah yang dijanjikan oleh BN kepada rakyat adalah rantaian siri pembohongan kepada rakyat yang telah berlangsung selama 50 tahun. Hadiah kepada 50 tahun kemerdekaan Malaysia adalah hadiah kesengsaraan dan penderitaan rakyat semua kaum terutama orang Melayu dan India. Dasar pecah dan perintah yang ditinggalkan penjajah diguna pakai oleh BN untuk memastikan agenda peribadi mencapai matlamatnya. Pemimpin BN dan UMNO hanya mementing perut dan bawah perut setelah berada dikerusi empuk, rakyat dibiarkan menderita dan sengsara tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Tiada ulasan: