19 Januari 2010

'Jalan tengah' Pakatan ke Putrajaya

03 Safar 1431H

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, negara ini "sedang berperang dengan dirinya sendiri" dan langkah ke hadapan ialah dengan mengambil jalan tengah yang menyediakan peluang yang saksama, inklusif dan tiada lagi diskriminasi.

Katanya, 'middle Malaysia' ini milik setiap rakyat Malaysia.

Berbeza dengan 'Umno Malaysia', Lim berkata, 'Middle Malaysia' mementingkan karakter daripada warna kulit.

"Tidak seperti BN Malaysia, dalam 'Middle Malaysia' kita adalah adik beradik, ibu bapa dan anak lelaki dan anak perempuan Malaysia," katanya ketika berucap di persidangan nasional ke-125 DAP di Ipoh hari ini.

Tidak seperti 'kroni Malaysia', katanya, 'Middle Malaysia' berpegang pada kepercayaan bahawa kekayaan, peluang dan sumber adalah milik semua rakyat Malaysia.

Lim membuat saranan tersebut ketika negara sedang berdepan dengan insiden tempat ibadat, sebahagian besarnya gereja, menjadi sasaran bom api dan perbuatan vandalisme, ekoran isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam.

DAP sendiri menjadi sasaran mereka yang menggambarkan parti itu sebagai cauvinis Cina yang mahu menghakis hak istimewa orang Melayu dan Islam, sebagai agama rasmi.

Pada masa ini, parti itu juga merupakan anggota kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor, dan slogan baru yang disarankan oleh Lim itu dilihat sebagai halatuju baru DAP dalam berdepan dengan pilihanraya umum akan datang.

Sebelum ini parti itu memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia yang menekankan kepada kesaksamaan untuk semua, yang menjadi teras ideologi parti itu sejak penubuhannya pada 1960-an, tetapi ianya menimbulkan kecurigaan di kalangan orang Melayu.

Dalam mengetengahkan 'Middle Malaysia', Lim membidas konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menurut Lim telah memecahbelahkan lagi negara ini.

Sebaliknya, ketua menteri Pulau Pinang itu memuji pendirian anggota Pakatan - PAS dan PKR - dalam menangani kontroversi isu 'Allah'.

Jelasnya, itulah 'Middle Malaysia' yang dibawa oleh Pakatan - bertolak ansur dan saling hormati menghormati, berbanding dengan BN sikap ekstremis BN yang menakutkan semua orang dengan sikapnya yang tidak bertolak.

Sebagai contoh sikap inklusif DAP, Lim berkata, kerajaan Pulau Pinang yang diterajui parti itu, telah menambah dua kali ganda peruntukan untuk halehwal agama Islam, kepada RM24.3 juta dalam bajet 2010, berbanding peruntukan BN pada 2008.

Lim terus membidas konsep 1Malaysia dengan menyentuh cara kerajaan mengendalikan kes Teoh Beng Hok serta rampasan kuasa di Perak pada Februari 2009

Malaysiakini/-

1 ulasan:

mz arifin berkata...

MUSLIMUN AKAN KUAT, TERUTAMA BILA 100% (MAYORITASNYA) HAFAL TERJEMAHAN FATIHAH.