19 Januari 2010

Pemuda PAS Sabah bersedia hadapi PRU-13

03 Safar 1431H
Rusly Yasmin

PUTATAN, 17 Jan: Lebih 300 pemuda PAS daripada seluruh kawasan negeri Sabah bersiap sedia menyusun kekuatan membantu Pakatan Rakyat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Ketuanya, Lahirul Latinggu berkata bahawa konvensyen pemuda negeri yang diadakan di Pejabat PAS kawasan Putatan semalam telah menyuntik semangat pemuda untuk terus berkerja ke arah memenangkan Pakatan.

lebih 300 pemuda dari semua kawasan negeri itu hadir ke konvensyen tersebut.

"Pemuda Negeri akan memfokuskan 3 perkara selepas ini, iaitu pengukuhan tarbiyah, pengukuhan politik dan pengukuhan organisasi selain pengukuhan ke arah menawan sabah masa akan datang.

"Selepas kemenangan Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, minda rakyat Sabah telah terbuka dan mereka telah mula menerima kehadiran Pakatan Rakyat" ujar beliau ketika dihubungi tadi.

Menurut beliau, terlalu banyak isu yang berlaku namun gagal di selesaiakan oleh kerajaan negeri Sabah seperti isu tanah, pendidikan, dan masalah sosial yang menghantui masyarakat setempat.

"Ini merupakan satu batu loncatan untuk pemuda PAS dan Pakatan Rakyat bergerak lebih pantas di masa akan datang" tambahnya.

Ketua pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan dan barisan exconya telah membentangkan kertas kerja di dalam konvensyen tersebut.

Harakahdaily.net/-

Tiada ulasan: