03 Safar 1431H
China berjaya menggunakan roket Chang Zheng-3C untuk melancarkan satelit pandu arah kompas ketiga ke orbit yang dijadual di Pusat Pelancaran Satelit Xichang pada pukul 0.12 subuh ini. Pegawai pusat tersebut memaklumkan, China sedang menjalankan kerja pembentukan sistem pandu arah satelit kompas, dan merancang akan melancarkan 5 satelit orbit geosegerak dan 30 satelit orbit bukan geosegerak, serta menyelesaikan usaha pembentukan sistem pandu arah yang meliputi sejagat menjelang tahun 2020. Sebelum ini, China telah berjaya melancarkan dua satelit pandu arah kompas. Satelit ketiga ini ialah satelit orbit geosegerak.
CRI/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan