18 Mac 2009

Setahun sudah berlalu.

Hari ini 17 Mac 2009 mengimbau 17 Mac 2008 yang lepas di mana tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Perak pakatan Rakyat disahkan dengan majlis angkat sumpah YAB Menteri Besar Ke 10 dari Pakatan Rakyat, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin.

Suasana pada 6 Februari 2009 yang menyaksikan Rampasan kuasa telah sampai ke kemuncaknya apabila berlangsungnya majlis angkat sumpah MB Kudeta di Istana Kuala Kangsar bersama dengan tragedi Kuala Kangsar yang menampakkan gelombang rasa tidak puas hati rakyat dengan peristiwa itu.

Sesudah itu semua ADUN dan penyokong Pakatan Rakyat yang seincipun tidak berganjak dari menyokong YAB DS.Nizar sebagai Menteri Besar yang sah @ halal di Negeri Perak.

Kekadang timbul pertanyaan dari hati kecil ini sebagaimana orang lain juga bertanya, kenapakah sampai ketahap itu sokongan kepada YAB Nizar . Jawapannya mudah dan ringkas, kerana kami yakin dialah MB yang masih sah dan berada dihati rakyat jelata keseluruhannya.

Kalau orang takutkan kezaliman Yazid bin Muawiyah, selepas peristiwa karbala, namun dihati kecil masyarakat Islam di zaman itu, mereka masih bersama dengan pengikut syaidina Hassan dan Hussin., cucu Baginda Rasulullah.

Demikianlah apa yang saya yakini sehingga ulang tahun pertama Pakatan Rakyat memerintah Perak pada hari. Kuasa kami masih dihati rakyat dan akan segera diterjemahkan di Bukit Gantang dan seterusnya bermula ini saya istiharkan gelobang kedua Tsunami politik Malaysia akan terus memastikan UMNO dan BN akan dibumi hanguskan dari pentas politik Malaysia dan Perak.

Selamat Ulang tahun Ds. Nizar dan PR Perak.

9 ulasan:

mountdweller berkata...

Ada sesiapa yang ingin menjadi Abu Hurairah yang sanggup mati di pihak Yazid (MB baru)?. Rasanya Mufti perak sorang jer kot?

Tanpa Nama berkata...

Pembetulan :
Perenggan 2 - 6 Februari bukannya 6 Mac.

Tanpa Nama berkata...

errr... pembetulan sikitt YB...

Suasana pada 6 Mac 2009 yang menyaksikan Rampasan kuasa telah sampai ke kemuncaknya apabila berlangsungnya majlis angkat sumpah MB Kudeta di Istana Kuala Kangsar bersama dengan...

sepatutnya:

suasana pada 6 FEBRUARI 2009 yang...

harap dikemaskini YB,

Terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

Salam Perjuangan....nak ucapkan Selamat Ulangtanhun Pertama pemerintahan PR di Perak secara SAH....kami di perantauan tetap menyokong DS Nizar n exconya mentadbir negeri Perak....Takbir.....

leaflizard berkata...

happy birthday to PR.

hehe,

DRSKIL, betul ke.

DSIRMNJ nak tanding di bukit gantang.?

jangan la, bebankan dia lagi dengan masalah di parlimen pula.

semata-mata nak menguji sokongan rakyat perak ke atas diri dia.

saya rasa. ujian sebenar, DSIRMNJ,

hanya bila DUN dibubarkan(insyaAllah)

atau PRU13.

hurm,.. pandangan saya je.

pe2 pun.

selamat ulang tahun....

tahniah semua!!

Anak Bulan berkata...

takziah kepada Ali Rustam,

nampak tidak bernasib baik, dalam ramai2 yang berendam dalam tong taik, kamu seorang dituduh makan taik sampai kenyang.

setiap musibah membawa jalan keluar untuk orang fasik bertaubat dan kembali ke jalan yang dinaungi Al-Haq.

Ali Rustam disarankan bertaubat nasuha.

Jangan bazirkan kepandaian anda berpolitik dan mentadbir.

Mari masuk PAS dan kita tegakkan Islam di Melaka sebagaimana pucak masa gemilangnya dahulu.

Untuk maklumat lanjut dan borang keahlian, silakan Ali Rustam ke http://www.pas.org.my/borang/keahlian/borang_ahli_pas.pdf

Tanpa Nama berkata...

Salam.. kawan2.. tolong support petition ni.. tentang ibrahim ali ni..

http://www.petitionspot.com/petitions/kelate/




(harapan63)

Tanpa Nama berkata...

Selamat ulang tahun kepada Menteri Besar kita, PR Perak dan kepada YB Idham sendiri.
Mudahan-mudahan UMNO dan BN akan terkubur, insyaAllah.
Tapi hati kecil ini bimbangkan perancangan halus 'think-tank' BN (yang ala Zionis). Kita tidak takut dengan permusuhan secara nyata; sekurang-kurangnya kita nampak jelas siapa musuh kita tetapi permusuhan ala kaum munafiq di zaman Rasulullah dan khulafa' rasyidin lebih merisaukan.
Mungkin 'think tank' ini sudah lama menjangka yang Islam akan semakin menarik minat dan BN akan semakin hilang sokongan. Dan mereka merancang cara-cara menyelamatkan ideologi mereka ..... dengan meletakkan orang mereka dalam parti PAS serta jemaah Islam yang lain seperti ABIM, Haluan dsbgnya (di samping 'mencipta' Islam Hadhari dan menarik ustaz dan ustazah yang boleh dibeli untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan BN seperti Mashitah, Firdaus dll).
Satu soalan YB - tidakkah wujudnya konflik antara keghairahan pendokong dan penyokong PR ingin menguburkan UMNO, dengan rancangan untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan? Bagaimana UMNO akan lenyap sedangkan PAS (yang kian meningkat sokongannya) sendiri yang menghulurkan talian hayat kepada mereka melalui idea Kerajaan Perpaduan ini.....
Kerajaan Perpaduan memastikan survival UMNO! Itukah yang kita mahu?

Tanpa Nama berkata...

DS Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah. Oleh itu dia tidak boleh bertanding. Kalau dia bertanding seolah-olah kita mengaku yang dia bukan lagi MB.