18 Mac 2009

Sejarah dalam Umno, Ali Rustam dilucut hak tanding

Mohd. Ali Rustam yang dilucutkan hak bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno - pemimpin yang pertama dalam sejarah parti itu dikenakan tindakan sedemikian - akan kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.Dia didapati terlibat dengan rasuah dalam kempen jawatan yang ditandinginya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Mohd. Ali, calon kedua terbanyak menerima pencalonan iaitu 48 setakat November lalu, hanya tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan Umno, tetapi kekal Ketua Menteri Melaka.

Sementara itu, Mohd Ali ketika ditemui pada majlis memperkenalkan calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan parti di Ipoh petang tadi enggan memberikan ulasan lanjut berhubung perkara tersebut.

Mohd. Ali yang merupakan salah seorang Naib Presiden Umno bertanding buat julung kali merebut jawatan Timbalan Presiden.

Beliau dipilih sebagai Naib Presiden buat kali pertama pada 2004 dan menjadi Ketua Menteri Melaka sejak 1999.

Pagi tadi Mohd. Ali menemui Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Istana Melaka, Bukit Beruang.
mstar.

1 ulasan:

Brahim Nyior berkata...

Entah le. Macam-macam perkara pelik dalam UMNO ni. Lembaga Disiplin tentu dah buat pertimbangan sebelum keputusan diambil. Khabarnya, Ali juga sudah diminta menarik diri, tapi tetap nak bertanding juga.

Ali mungkin amalkan rasuah untuk membeli undi perwakilan, tapi takkan dia sorang, yang lain tu tak kena sebab pandai simpan...kot?