06 November 2009

Benarkah Dr Asri tidak layak?

Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Meneliti malaysiakini tengah hari ini (4 November 09) saya rasa agak kecewa dengan pandangan Penolong pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin al-Ghari mengenai ijazah dan jawatan mufti yang pernah disandang oleh Dr Asri Zainul Abidin sekali gus menampakkan ketidaklayakan dia memberi komen.

Saya menjangkakan penafian beliau terhadap apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia boleh menyelesaikan masalah tetapi rupanya menambahkan masalah. Jawapan dan ulasannya melalukan Jakim kerana memberikan jawatan itu kepadanya.

Saya paparkan jawapan beliau pada hari ini:
"(Wartawan) bukan tanya palsukan kelulusan tapi dia tanya saya, status sebenar ijazah Dr Asri."Saya kata Dr Asri cuma ada ijazah sarjana muda bahasa Arab daripada fakulti sastera Universiti Jordan, bukannya mempelajari jurusan syariah dan pengajian Islam."Laporan daripada (akhbar Utusan) lah yang salah kerana dia kata saya dakwa dia palsukan Ijazah," jelasnya.Katanya lagi, Dr Mohd Asri tidak mendasari ilmu di bidang syariah dan pengajian Islam kerana bekas mufti itu hanya seorang lulusan bahasa Arab."Dia bukan seorang ahli hukum, maksudnya bukan seorang yang mahir tentang al-Quran, hadis tafsir atau fekah."Beliau hanya belajar bahasa Arab, macam mana dia dapat menggali ilmu Islam, apatah lagi untuk berinteraksi secara mendalam tentang al-Quran dan hadis."Kalau ada (kelulusan) syariah dan pengajian Islam barulah layak dilantik ke jawatan mufti," katanya lagi.

Saya percaya Zamihan tidak menyedari bahawa dengan ijazah sarjana muda seseorang itu tidak boleh menjadi pensyarah, sedangkan Asri kini adalah pensyarah USM. Untuk pengetahuan umum untuk menjadi pensyarah perlu memiliki sarjana (MA).

Di sini sahaja kita dapat faham bahawa Asri sudah ada MA, kenapa Zamihan tidak selidik dalam bidang apa MA Asri itu? Selain itu adakah Zamihan tidak sedar bahawa di hadapan Asri itu ada Dr bererti dia memiliki Phd. Sudahkan Zamihan mengkaji apakah bidang yang dikaji untuk mendapatkan Phd itu?

Jadi, jawapan seorang penolong pengarah Jakim itu sungguh memalukan Jakim. Seharusnya Pengarah Jakim perlu menilai semula jawatan yang disandangnya. Setidak-tidaknya apakah kelayakannya menjawab persoalan itu kepada media.

Untuk pengetahuan umum juga kebanyakan mufti di negara ini hanya memiliki ijazah sarjana muda waktu dilantik, malah ada yang sekadar sekolah pondok. Jadi, jangan pertikai orang hanya berdasarkan penilaian yang cetek.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ustaz asri ada PhD di UIA, dlm AlQuran and Sunnah Studies, semua org tau,kcuali yg engaan mngambil tau.

Tanpa Nama berkata...

dah la...
bosan dah cerita dr. asri nie..
dah dr. asri tu salah ...salah la
dah undang2 selangor kata kalau x ada tauliah x boleh ngajar ..jadi sudah la..

Hebat sangat ke dr. asri tu?? sampaikan beria-ria membela dia , padahal dia dah memang buat salah..

waktu Dato' Ismail Kamus di katakan x ada tauliah untuk beri kuliah agama x ada pulak beria-ria orang nak bising...padahal bagi saya Dato' Ismail Kamus tu seorang Ulamak besar...

ustaz zamihan memang patut ulas tentang kelayakan dr. asri sebab ustaz zamihan pun ngaji kat jordan jugak...

orang-orang pondok walaupun depa x ada ijazah macam sekarang nie tapi ilmu depa tinggi...dari satu kitab ke satu kitab...mereka belajar lebih detail dari apa yg di ajar di Universiti...

Saya berani kata macam tu sebab saya pun pernah belajar di pondok...dan saya pun belajar di kolej dan di universiti dalam bidang pengajian Islam.. dalam bidang usuluddin dan syariah...

dan sekarang pun saya bertugas di fakulti Islam di sebuah universiti..memang cara belajar di Universiti nie terpisah2...berbanding di pondok mereka belajar secara mendalam agama nie secara menyeluruh bukan terpisah2 seperti di Universiti..

dr. asri dan penyokongnya sepatutnya terima hakikat bahawa dia memang dah langgar peraturan di Selangor jadi jangan la nak melenting pula...sepatutnya dia hormat la datang negeri orang... minta maaf la sebab dah buat salah.. ini tidak , seolah2 dia pulak jadi HERO...

Apa yang saya baca dari paper Ulamak Besar Macam Dato' Dr. Harun Din pun ada tauliah....ini pulak dr. asri sape dia kalau nak di bandingkan dengan ulamak2 lain...

Saya selalu bagi contoh.. kalau Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekalipun..kalau dia bawa keta tanpa lesen wajarlah dia di saman dan dikenakan tindakan kerana dia telah melanggar undang2...

Jadi fikir2lah... bagi saya dr. asri bukan ulamak dia hanya seorang ilmuwan Islam... sebab ulamak nie ada kretaria dia yang tersendiri...selain keilmuan yang mantap dalam pelbagai disiplin ilmu agama....

Pesanan kepada dr. asri dan penyokongnya..lain kali kalau masuk rumah orang hormat la tuan rumah.. jangan buat suka hati je.. hormat undang2 negeri orang...

Bekas Pelajar Pondok
Pelajar Kolej
Pelajar Universiti
Bidang Usuluddin & Syariah

bernama berkata...

salam yb
tanpa nama 5.42..kamu pun cuma kononnya pensyarah je..koman juga pun..kamu bukan hakim yang boleh jatuhkan hukuman atas dr asri..ini kamu berlagak macam hakim..bijak benar..mahkamah pun takda pertuduhan yang kamu si bebal cakap dia salah apa cita..kamu cakap dengan anak kamu boleh le..
tak payah umpamakan masuk rumah orang kena beri salam ke..apa ke..konon pensyarah tapi bagi contoh yang koman punya..tanya le rumah sapa..siapa tuan punya..tak baca paper ke kamu sibebal..

Tanpa Nama berkata...

Maaf cakap. Kalau nak tau cerita lanjut kena pi Perlis DarulSunnah, tapi jangan dok dengar pihak dia saja, dengar sama pihak lain.

Tanpa Nama berkata...

Salah tu memang salah...

Kebetulan dah terkena kat beliau.

Pengajar kursus anjuran JAIS pun tak da tauliah di negeri Selangor.Apa cerita?Patutnya kena perbetulkan sistem yang ada.

Cuba lihat kat blog di bawah:

http://syeikh-takiri.blogspot.com/2009/11/kenapa-dr-asri-ditangkap.html

bekas pelajar tadika,sek rendah,howard dlm sains rasuah berkata...

apa lah kome ni 5.42..
konon pensyarah le..bekas pelajar pondok le..tapi komen macam budak pensyarah yang berdebat masa anwar dulu tu..pensyarah tahap gaban..
konon kenal dr haron din le..dr asri tak kenal..mufti negeri la kawan..engkau belajar bidang usuluddin konon..ilmuan agama..mufti pun tak kenal..
engkau baca paper hanya utusan dan berita je..
pensyarah engkau pun mungkin engkau tak kenal betul..
jangan le campur kalau tak tau sangat..engkau cerita dengan anak engkau saja le ya..

Tanpa Nama berkata...

ya setuju, mohon dikendurkan isu ni, klu nak bincang juga isu tauliah ni, kita kena adil..

Kat perlis pun ada tauliah, rujuk islam.perlis.gov.my...

bahkan masa zaman Dr Asri pun, dikatakan 3 ulama yaman pernah dihalang atas alasan yg sama yakni tauliah..klu nak berhujah, mmag perkara ni bleh dibangkitkan...

tp, brdasrkan maslahat umum, MOHON ISU INI DIKENDURKAN...

Tanpa Nama berkata...

saya sokong ulasan 5,kenapa nak taksub sangat dengan Asri ni,bukan ka puah2 wahabi tak benarkan taksub pada seseorang....

ahmadi hassan berkata...

Dr Asri ni memang tak layak dilantik sebagai Pengerusi Yadim. Kalau dia dilantik, nanti habis celaru satu malaysia. Nanti didakwahnya fahaman Wahabi d seluruh negara. Raya nanti pakat pei semayang atas padang wei...sbb fahaman wahabi ni sembahyang hari raya d masjid adalah bid'aah dholalah...

Dr. Mat berkata...

Dr. Asri ni memang tak layak jadi Pengerusi Yadim. Nanti satu Malaysia jadi haru biru

Tanpa Nama berkata...

Datuk Ismail Ibrahim jadi pengerusi Majlis Fatwa juga lulusan bahasa Arab,bukan syariah,bukan usuluddin.

Tanpa Nama berkata...

pengerusi majlis fatwa sekarangni pun bukan lulusan syariah tp itu bukan menjadi kriteria utama..apa yang penting diakui keilmuannya

Tanpa Nama berkata...

kelayakan Asri hanya sesuai untuk negeri Perlis sahaja ,kat negeri2 lain tak sesuai.hanya orang2 yang berfahaman yang sama dengannya sahaja yang mengakui keilmuannya.

akulajuki berkata...

Tauliah ker kelulusan ker itu semua tak penting yang pentingnya ialah apa yang disampaikan. Ada tauliah dan ada kelulusan panjang berjela tetapi apa yang disampaikan tak menepati dengan ajaran Islam buat apa? Contohnya di suatu ketika dahulu bila ada seorang "doktor" yang kata perempuan boleh melacur untuk hidup ... hah kalau hak lagu tu nak kata apa?

Kerja dakwah ni kerja yang perlukan keikhlasan, selagi yang menjalankan kerja-kerja dakwah dan penyampaian ilmu itu tidak menyeleweng daripada akidah sebagaimana yang Islam tuntut biaq pi la kalau mereka nak mengajar pun.

Ini bukan taksub kat sapa-sapa, cuma nak ajak berfikir kejap. Peraturan mengenai tauliah tu hanyalah peraturan dunia bukannya sesuatu yang dituntut pun dalam Islam.

Rasanya Rasulullah SAW dulu puak-puak Quraisy di Mekah marah masa baginda nak sampaikan Islam kepada penduduk Mekah sebab takder tauliah ker? atau kerana merasakan baginda ancaman kepada kekuasaan dan kejahilan mereka?

Dah lah, buang kes ajalah, malu kat orang eh! Pasal ada atau tak ada tauliah pun nak hingaq satu negeri tak tentu hala sampai tak buat keja lain. Dok tangkap bekas mufti, tangkap gok ayah PIN yang datang dari langit tu, atau takleh tangkap sebab "baginda" mai dari langit?????

Tanpa Nama berkata...

memang dr asri tu wahabi...mengaku sajalah...apa susah...kalau tak percaya tanya Tuan Guru Nik Aziz...orang wahabi yang tuduh kita sesat...semua bidaah...zikir bidaah,doa qunut bidaah, sambutan maulidur rasul bidaah, maal hijrah bidaah, tahlil bidaah, sambutan israk mikraj bidaah,...pasal zaman nabi dulu tak ada...tapi bila pegi mekah pandai pulak naik kapal terbang...pasal apa tak naik unta ke, jalan kaki ke...oooo jauh ye...pandai pulak bila azan pakai mikrofon...masjid ada aircond...ntahlah...kang sebut banyak-banyak nanti kata taksub...takpelah itu pandangan orang wahabi...tapi jangan menghukum orang lain sesat sudahlah...selagi mengucap dua kalimah syahadah cukuplah kau dengan cara kau aku dengan cara aku...

Tanpa Nama berkata...

klu nak tangkap skalipun jgn lah mcm serbu NORDIN MT TOP.gua rasa masingx profesional dah.mujur la Dr asri tu tndak secara pro.klu xlama dah bergelut ngan polis tu.mcm pbngkang skrg..cuma pihak yg dtg nak tangkap tu yg xpro.ape ni BEB.klu lah krana nak sampaikan ilmu agama ni pelu tauliah.gua nak tanya.mcm mana golongan tabliqh yg banyak dkat masjid tu.dorang ni xpelu tauliah ke.gua pun heran..nak tangkap org,tp xtahu knp tgkap.gilerrr pe.stahu gua org yg di tgkp dah ckup bukti baru tngkp.kmudian baru dakwa.sabit kes.ini ntah apa2.hentamn cromo.ini dgn bwa polis mcm penjenayah.masing2 ada maruah beb.nak buat benda kena fikir beb.bincang.jgn smpai ckp blakang.klu dia xbtul.cari bukti.jgn tangkap cromo beb.jatuh maruah org.xkena btg hidung sndiri xpe beb.klu kena tahula cmana rasa.gua xpandai nak ckp lebih2.tp gua rasa geram sngt tengok dorang ni.pakai tutuh ja.ingt pelacur dah puas tggal mcm tu.gua xsokong sape2.tp tngok cara tu memang xkena.malula beb.malu dkat agama lain.dorang tnegok takut.klu xsuka ngan seseorg,pggil polis tanggkap.mcm mana islam nak berkembang.lu pikir laaaa.lebih baik yg tangkap tu tangkap org xsolat,dedah aurat.bercumbucumbuan di tempt awam.mcm gua.kah..kah..kah.altantuya bila nak tangkap!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

oleh kerana dr asri takde tauliah, maka untuk menangkapnya kite mesti bawa 30 org penguatkuasa tambah polis lg.

anon 10:53 pm,
kalu nak hentam wahabi, tolong jangan bawa hujah kapal terbang, mikrofon atau aircond. itu menunjukkan anda tak tau pun apa itu wahabi. org cakap psl wahabi anda pun bercakap psl wahabi.

Unknown berkata...

Dr. Maza ni orang berilmu, namun Ilmu dia ilmu dalam kitab jugak macam orang lain yang belajar macam dia.

Kalau kamu semua rajin baca kitab-kitab muktabar kamu juga akan ada ilmu macam dia.

Dr. Maza ada M.A ke Ph.D ke tu tak tunjuk yang dia ni boleh tafsir Quran atau Hadis dengan sempurna. Lagipun sapa yang boleh Tafsir Quran atau HAdis dengan sempurna? Kalau ada yang mengaku boleh tafsir quran dengan sempurna maka orang tu tuhanlah.

Bagaimana kita sebagai manusia yang dilahirkan jahil dan tak berilmu boleh tafsir apa yang ada dalam ilmu TUHAN dengan sempurna, dengan Ph.D tu kira dah dapat dapat Tafsir ayat Quran dengan sempurna ke?

Sahabat-sahabat rasul s.a.w., ulamak tabien dan ulamak selepas tabien pun berbeza pendapat tentang tafsir ayat Quran ni. Satu ayat terdapat lebih dari 5 penafsiran malah lebih lagi dalam banyak ayat Quran.

Jadi tak usahlah dok taksub kat Asri ni. Ph.D tu hanya ilmu berbentuk maklumat bukan ILMU KEFAHAMAN. Sebab KEFAHAMAN DALAM AGAMA hanya ANUGERAH TUHAN je.

Sesiapa yang dapat anugerah KEFAHAMAN AGAMA ni, tak denya dia dok ceduk dalam kitab pas tu pegi mengajar kat seluruh Malaysia, masuk TV dan sebagainya. Cubalah korang pegi dengar ceramah agama orang-orang yang tak masuk TV kat luar tu dan bezakan tenaga ilmunya dengan orang yang kat dalam TV tu, ada beza tak?

Kenapa kau dok dengar orang yang ceramah kat Astro sedangkan kat Astro tu sendiri berlambak orang yang tak pakai tudung tapi mengaku Islam, kalau dia ni hebat ilmu agama dan FAHAM agama dia tentulah orang dalaman Astro tu dulu yang dia dakwahkan hingga berubah jadi muslim yang baik. Pemimpih yang dok tolak undang2 Islam tu dulu dia dakwahkan supaya terima Islam. Kenapa tak buat? lu pikir la sendiri.

Kalau Rasulullah ada kat zaman kita ni tempat macam ASTRO tulah dia perangi dulu. Tempat ibu maksiat. Tak denya Rasulullah tu pegi bertenggek kat ASTRO tu nak mengajar agama. KAMU PAHAM TAK?

Jadik senang jer nak tahu orang yang ada ilmu agama dan PAHAM akan agamanya berbanding orang yang Berilmu tapi tak paham-paham agama dia.

Pasal? kamu ingat ASTRO, TV3,7,8,9 tu semuanya tempat orang-orang beriman ke. Tu tempat penyambung lidah syaitan, penyambung tipuan syaitan, yang kau dok bertenggek mengajar agama dan dok tauliah TV bodoh tu pasal? kamu tak PAHAM agama ke?

Kamu Cakap dialah, tak yah lah nak berdakwah kat TV, ASTRO atau TV3 tu, sama jer mereka semua tu dengan Pub atau bar atau beach Club kat Kl sana. Kenapa kamu tak pegi berdakwah kat tempat-tempat itu? PASAL? kalau tempat macam beach club tu kena patut ditutup begitulah juga dengan TV-TV semua tu.

Apa pendapat kamu hukum berkenaan satu perkara yang banyak bawa mudarat dari kebaikan kepada masyarakat, apa hukumnya? jawablah

TAk kan kau blajar sampai PH.D pun tak reti-reti?

Tanpa Nama berkata...

betul tu..apa punya bangang ckp pasal kapal terbang vs unta.. masjid econ la..mikrofonlah.. itu semua benda duniawi..ini kita ckp psl amalan ibadat yang tdk dilakukan oleh rasulullah dinamakan bid'ah wlupun yg amalkan tu ulama' bsr beserban bsr..kalu blh dielakkan benda yg tdk dibuat oleh rasulullah elakkanlah..ambil dalil dr dua sumber quran & hadis..susah sgt ke..islam ni mudah sgt.. pi dok tambah2 buat ape..menambahkan susah je..dahla takleh pahala, dibimbangi dpt dosa.. kembalilah pd quran & hadis

Tanpa Nama berkata...

Ada ka nabi cakap apa yang aku tak buat kamu tak boleh buat....? adakah semua bid`ah tu sesat masuk neraka.......kalau gitu berapa ekor ja masuk syurga....orang perlis dengan orang saudi je la.....