06 November 2009

Final Piala Malaysia, Nik Aziz umum Kelantan cuti

KOTA BHARU, 3 Nov:Kerajaan Kelantan mengisytiharkan cuti pada Ahad ini 8 November bersempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Kelantan menentang Negeri Sembilan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata cuti berkenaan diberikan bagi menghargai skuad negeri 'Red Warriors' yang telah berjaya ke perlawanan akhir selepas 39 tahun dalam penantian.

"Cuti berkenaan diberikan juga untuk kemudahan para penyokong untuk memberi sokongan kepada pasukan kita, khususnya dari Kelantan,"ujarnya. Menurutnya, mereka tidak perlu bersusah payah memohon cuti atau tergesa-gesa untuk pulang semula ke kampung halaman masing-masing untuk bekerja keesokan harinya.

"Walaupun kita belum pasti adakah kita akan menjadi juara pada malam itu, namun cuti tetap akan diberikan pada hari Ahad ini atas sebab-sebab sedemikian," ujarnya.
Sambungnya, mudah-mudahan dengan cuti yang diberikan oleh kerajaan negeri, para penyokong khususnya yang sama-sama turun ke Stadium Bukit Jalil akan pulang dengan tenang dan selamat.

Pada masa yang sama beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan negeri kerana telah berjaya melangkah gagah ke peringkat akhir. Beliau juga berharap, dengan prestasi yang semakin meningkat itu skuad Kelantan diharap mampu menjuarai perlawanan peringkat akhir.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan
Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika ditemui berkata, dianggarkan hampir 50,000 penyokong Kelantan akan memberi sokongan di Stadium Bukit Jalil nanti.

Sebelum ini Tuan Guru telah mengikuti perlawanan separuh akhir pertama antara Kelantan menentang Perlis di Stadium Sultan Muhammad
Ke-IV berkesudahan pasukan merah putih itu menang dengan 2-0.

Perlawanan kedua separuh akhir antara Kelantan menentang Perlis itu juga sekali lagi skuad 'Red Warriors' berjaya menewaskan Perlis dengan 3-1.

Anggota-anggota exco kerajaan negeri termasuk Datuk Husam Musa dijangka hadir menyaksikan perlawanan berkenaan.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Tok guru Nik Aziz, pejuang sejati dalam pas, yang ditakuti lawan dan dihormati kawan...terus berjuang

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin yang disukai ahli pas dan rakyat kelantan...

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin utama yang mempertahankan dasar pas...

Tanpa Nama berkata...

TGNA bukan pemimpin UG, beliau istiqamah dengan perjuangan dan tidak mundur melawan arus macam kumpulan UG.

Tanpa Nama berkata...

UMNO musuh kita dan musuh TGNA tapi rakan pimpinan Pas pro UG.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Pas perak menurut telunjuk peminpin pas Pro UG dah lama bentuk kerajaan dengan UMNO, tetapi UMNO musuh pas dan pakatan rakyat perak juga TGNA. Biar tak dapat kerajaan tapi dapat maruah dan sokongan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Kalau TGNA ditakdirkan tiada, pempinan PAS pro UG akan bentuk kerajaan dengan UMNO???majoriti beranggapan demikian.. singkir puak UG dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...

TGNA tonggak pemimpin kita, jelas dari tindak tanduk dan cara pemerintahan beliau..

Tanpa Nama berkata...

TGNA pemimpin yang ditakuti UMNO dan Ejen UMNO dalam PAS...

Tanpa Nama berkata...

Media massa dan pemimpin UMNO termasuk kumpulan UG menghentam TGNA, kita membelanya sedaya upaya...

ROHAIZAL MOHD KHALID berkata...

TAKBIR!!!!!!!!!ALLAHUAKBAR!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

ate bila perak nak naik balik ni....asyik nengok tim lain menang jer...yg asei dari perak tu, idak ke ghaser kesian kt tim negeri sendiri...ade indra,hardi,chan wing hong,fakri,liew kit kong main kt luor...tak nak ke kome nengok negeri sendiri bangkit...ape ke biol nye kome ni

Tanpa Nama berkata...

Siapa kata PAS xamk cakno pada Sokan?????
Tengok, Tok Guru siap bagi pakej umrah lagi....

Tanpa Nama berkata...

tu la kena tok guru jadi ketua,dapat juga pi umrah,,,harap mb umno gi hadyai dapat le,,,opocot hehhe

Tanpa Nama berkata...

tahniah tok guru!!!!!
saya bngga mnjdi rkyt kpd MB yg berjiwa MERDEKA ini..
u r de bez!!

anak sedara zamri mb berkata...

salam yb dan tuan guru nik aziz
saya orang selatan menetap di utara juga amat berbangga dan seronok atas apa yang ditunjukkan oleh tuan guru..bukan pasal cuti..tapi komitment yang tidak berbelah bagi terhadap sukan dan rakyat kelantan khasnya..semuga ALLAH melanjutkan usia tuan guru nik aziz..amin ya rabbalalamin.