22 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - PAS Miri. Kita sudah hampir ke kemuncak untuk mencapai perubahan dan kemenangan tetapi masalah pembahagian kerusi pula jadi masalah. Sedarkah kita yang musuh utama kita sekarang adalah BN bukan sesama kita. Sekiranya masih lagi terdapat orang yang berdegil dan pentingkan diri sendiri yang akhirnya akan menghancurkan sebuah Pakatan harapan rakyat untuk melihat perubahan akan musnah sama sekali disebabkan oleh mereka yang pentingkan diri sendiri dan tamak untuk berkuasa. Ingatan untuk semua pemimpin termasuk ahli dan penyokong Pakatan, tujuan utama kita bergabung adalah untuk menghadapi BN bukan untuk bertempur sesama sendiri dan menegakan sebuah kerajaan yang berkebajikan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Kalau perkara perebutan kerusi masih jadi issue maka hasrat rakyat untuk memilih kerajaan baru dalam pilihanraya nanti akan terganggu. Kita minta semua pemimpinan Pakatan hentikan dan selesaikan segera masalah kerusi ini dan beri tumpuan dan perhatian kepada kebajikan rakyat dan apa rancangan yang terbaik untuk pakatan sekiranya dipilih jadi pemerintah nanti. Perkara inilah yang sepatutnya diberi keutamaan bukan perebutan kerusi. Apa guna kita dalam satu pakatan sedangkan masalah pembahagian kerusi pun belum dapat diselesaikan dengan baik dan adil. Perkara ini seumpama memberi peluru kepada musuh untuk menembak kita. Kita jangan terlalu ghairah dengan kerusi yang kita jangka boleh menang sedangkan kita sesama sendiri pun hendak berebut yang sama untuk menang. Kalau sesiapa calon dari pakatan yang menang maknanya kita yang menang bukan BN. Kita sepatutnya lawan satu lawan satu dengan BN dalam pilihanraya umum Sarawak nanti. Kalau boleh elak dari lawan 3 penjuru atau lebih dengan BN sebab ini akan memberi peluang kepada BN untuk terus berkuasa. Sedarlah wahai pemimpin Pakatan sebelum terlambat, ayuh kita bergerak dalam satu pakatan yang akan mengantikan kerajaan BN dalam PR ke 13 nanti, mulakan dengan Sarawak, Insy’Allah pasti ada perubahan yang lebih baik lagi.
1 ulasan:
Di semenanjung pun sudah nampak kelibat YB2 yang tidak ada masa untuk berjuang bersama rakyat tapi banyak masa tonjol2 muka bersama pucuk pimpinan masing2 khususnya dalam PKR.
Yang tak pernah peduli kebajikan rakyat sudah mula turun padang demi memikat hati Anwar Ibrahim.
DSAI kena hati2 kali ini. Jangan ada lagi bidan terjun. Rakyat bangkit demi Anwar Ibrahim.Yang berjuang dua tiga tahun alih2 mendapat tempat dihati Anwar Ibrahim...sedang yang bertungkus lumus memelihara perpaduan setempat, hanya dipandang sebelah mata.
Pemimpin sebenar tidak mengangkat dirinya untuk jadi pemimpin.
Sayugia mandat pencalunan mendapat restu Wan Azizah dan para reformis 98.
Hanya jauhari mengenal manikam.
PAS dan DAP mantap hala tuju. Kekuatan PKR bergantung pada kesetiaan para reformis 98.
Catat Ulasan