KUALA TERENGGANU, 10 Jan :- Suasana kempen hari ke 5 PR Kuala Terengganu diwarnai dengan hujan renyai-renyai yang mulai turun pada jam sekitar 8.30 pagi tadi. Cuaca mendung,yang tidak kelihatan matahari mungkin menyebabkan hujan hingga ke petang.
Keadaan ini dijangkakan menghadkan pergerakan calon dan petugas kedua-dua pihak, PAS, UMNO dan calon bebas yang bertanding dalam PR itu.
Pada masa ini perang poster sedang rancak berlaku termasuklah calon bebas yang mula meletakkan panda tanda dan gambar calon yang menggunakan lambang buku di beberapa persimpangan jalan.
Selain itu BN dan UMNO masih menggunakan pendekatan lama dengan mengerahkan semua agensi dan jabatan kerajaan bagi membantu calon BN. Walaupun ini jelas bercanggah dengan moral dan demokrasi namun kaedah ini mengambarkan BN sangat tersepit dan kekurangan petugas sehingga pihak yang tidak sepatutnya dilibatkan disalahguna sedemikian rupa.
Program perasmian dan pecah tanah tumbuh seperti cendawan ,inilah kaedah lama yang akan digunakan. Bayangkan berapa banyakkah wang rakyat digunakan untuk semua program itu. Persoalannya kenapa baru sekarang bercambah pecah tanah, itu dan ini naik pening dibuatnya.
Kalaulah terlalu ramai yang terlibat dikerah ke Terengganu tidaklah mustahil banyak keputusan dan urusan di pejabat masing-masing tertangguh.
Tidakkah mereka adalah pegawai kerajaan yang punya tanggungjawab memberi khidmat mereka kepada rakyat di pejabat masing-masing.
Apa yang berlaku setiap kali pilihanraya kecil atau umum inilah keadaannya. Semoga rakyat di Kuala Terengganu membuat pilihan yang terbaik demi masa depan Malaysia yang lebih adil dan makmur serta mendapat keredhaan Allah SWT. Youtube di bawah adalah video semasa penamaan calon.-video ini dipetik dari LagiBerita