28 November 2010

JAMBATAN BENGKOK - MAHATHIR CUBA MENIPU RAKYAT JOHOR ?

21 Zulhijjah 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

TUN Mahathir sebelum ini merapu apabila meminta semua ahli PKR `bertaubat' dan kembali kepada Umno. Selepas kenyataannya itu, berbagai pihak terus meminta Mantan PM itu bertaubat kerana beliaulah punca kepada perpecahan masyarakat Melayu dan Islam termasuk menghina institusi Raja-Raja sepanjang pemerintahan `diktatornya'. Terbaru, Tun Mahathir terus merepek lagi dengan mendakwa rakyat Johor ramai menolak Bn di dalam Pilihanraya Umum yang lalu hanya kerana `jambatan bengkok'.

Pasal jambatan bengkok pun rakyat Johor banyak mengubah sokongan kepada Pembangkang? Ternyata Tun Mahathir sudah tidak waras lagi. Jika begitu, di Perak, Selangor, P.Pinang, Kedah dan beberapa negeri lain ramai yang menolak Bn sehingga Kerajaan Bn hilang majoriti 2/3 itu juga adalah kerana `jambatan bengkok'?

Kita tahu mengapa beliau terlalu kecewa apabila jambatan bengkok sebagai pengganti Tambak Johor yang dirancang olehnya dulu dibatalkan oleh Pak Lah apabila beliau menjadi PM. Sebab itulah beliau tidak duduk diam mengganggu pentadbiran Pak Lah ketika itu sehingga sampai tahap beliau sanggup keluar dari menganut fahaman Umno.

Mahathir mahu namanya terukir indah sepertimana apabila orang melihat ketinggian Menara KLCC, pasti orang terbayang pada wajah beliau. Masalah untung ruginya bangunan itu Mahathir tidak ambil kisah. Beliau juga mahu apabila jambatan bengkok itu berjaya dibina, namanya akan dikenang. Tentulah marah bukan kepalang Tun Mahathir kepada Pak Lah kerana menghentikan jambatan bengkok tersebut. Tidak menerima idea dan perancangan Tun Mahathir seolah-olah menghinanya. Tidak hairanlah, sehingga sekarang beliau tetap menuntut jambatan itu dibina. Jika boleh, mungkin beliau mahu jika beliau mati nanti beliau akan disemadikan di bawah jambatan itu.

Tun Mahathir lupa, setiap PM selepasnya mahu mencipta sesuatu untuk kemegahan buat diri sendiri dan ingin mencipta nama sepertimana Tun Mahathir mencipta nama walaupun nama yang buruk. Jika Mahathir boleh cipta nama dengan KLCC, Pak Lah juga mahu cipta nama. Sekarang, Najib pun mahu cipta nama juga dengan perancangan membina bangunan 100 tingkat lebih tinggi dari 88 tingkat yang Tun Mahathir bina. Masalah ada untung atau rugi, masalah membazir atau tidak, rakyat semakin senang atau susah, kesemua mereka ini tidak peduli.

Pandangan Tun Mahathir bahawa rakyat Johor menolak Bn hanyalah kerana jambatan bengkok adalah satu pandangan yang cuba menipu rakyat Johor. Rakyat Johor cuba diperbodohkan oleh Mantan PM ini. Rakyat Johor sekarang mahu lebih dari jambatan bengkok yang mungkin hanya dapat memberi keuntungan dan kekayaan kepada beberapa kroni pemimpin Umno sahaja. Rakyat Johor tidak mahu menjadi seperti rakyat Terengganu yang tetap susah dan miskin walaupun dibina Masjid Kristal dan penganjuran Moonsun Cup itu./wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

merbok berkata...

kesiannn.. tun 'm' tu elok pi mengaji pondok!

Tanpa Nama berkata...

Percakapan serta pemikiran yang tidak mendalam serta cetek penulis sekiranya difikirkan pembinaan jambatan bengkok hanya untuk menaikkan nama, bertujuan untuk kemegahan atau memperingati Tun.

1Crony berkata...

Salam Ustaz. Kebanyakkan rakyat Johor ni, bina atau tidak jambatan bengkok pun mereka tetap sokong UMNO. Bukan setakat Pulau Batu Putih sahaja yang tergadai, kalau kampung halaman tergadai dan tinggal atas perahu pun rasanya mereka (sebahagian) tetap penyokong tegar UMNO. Lihatlah Negeri Kedah, yang sekarang parti PAS memerintah pun dah dua orang Perdana Menteri UMNO yang berasal dari sana, tapi mereka tidak taksub sampai begitu kepada UMNO. Perdana Menteri mana dari Johor? Kita "solute" kepada kebijaksanaan mereka dulu, kini dan selamanya.... Hidup UMNO, hidup pemimpin UMNO, hidup rasuah, hidup korupsi, hidup kezaliman, hidup kronsima, hidup nepotisma, hidup atas keringat dan air mata rakyat!

Tanpa Nama berkata...

mungkin si penulis ni tak pernah dtg ke Johor.jakun agaknya bercerita idea Tun Mahathir mengenai Jambatan Bengkok.tau nak mengutuk jer..
silakan datang ke JB dan tengok sendiri lah air selat kat Tambak Johor tu,wahai penulis..kalau rasa nak mandi air tu pun, dipersilakan..

Benar kata Tun Mahathir.Sultan Johor pun dah bertitah.Kerajaan pun kata akan kaji.
Alhamdulillah..

Tanpa Nama berkata...

Yang aku minat nak tau ialah apa pasai batai?apa pasai? apa pasai?Sapa rasuah, sapa ada kepentingan, sapa dapat habuan, habuan apa?awat dok sorok apa?Tang mana tak kena?
Dan Sapa pulak pemodal nak buat titi ni, sapa ? sapa?Yg politikus yg akan kaya tujuh keturunan kerana nak sangat buat titi ni sapa?

Aku nak tau ja.Dok kelahi berebut apa? berebut apa?buat titi tu elek, senang kapai lalu, kapai sapa? Ada syer dlm pelabuhan ka?bagi ayak lalu senang, ya betui!?tapi lebih dari itu ada alasan apa apa lagi kadok sorok dalam kain?Ha, sampai kerengau, cakak sakan pasai apa?Buatlah titi betui ka, titi bengkok ka tak pa ,asal jangan hati bengkok!telunjuk lurus , kelingking berkait! Pasai nak buat titi ni bagi kat syarikat lain lah...yang dok bercakak tu tok sah bagi...tok sah bagi...bagi kat PNB, ada jugak kami dapat beli saham ASB, tak lah depa ja kenyang

Tanpa Nama berkata...

ustad tahap apa YB ni, semua isu nak di spin, saya sokong tanpa nama 9:49, datang la sendiri ke JB, nak lagi afdal ceduk sikit air selat teguk 3 hari berturut2. Insya Allah, ustad akan faham.