13 September 2009

FACEBOOK PALSU YB DS MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN

http://kamparinn.blogspot.com/

Asalamu'alaikum. Selamat melaksanakan ibadat puasa dan salam aidil fitri.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa usaha nakal kecilan dari sesetengah kalangan pelayar yang telah memalsukan serta menyamar satu laman Facebook yang kononya dari kepunyaan saya diatas nama saya (MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN) dan menggunakan alamat email seperti berikut "nizar.mb.perak@gov.my". Facebook ini diurus oleh pihak yang tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana individu atau institusi untuk tujuan tersebut.

Disyaki penyamar tersebut menggunakan alamat email pentadbiran kerajaan Perak DR yang memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi saya serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk mengaibkan saya. Berita serta rencana yang dipos berunsur fitnah dan kesemuanya palsu. Oleh itu melalui blog rasmi saya ini saya menafikan sekeras-kerasnya paparan dari Facebook tersebut yang jelas dan terang bertentangan dengan peradaban dan budaya akhlak Islam. Ianya bukan dari sumber saya.

Saya memohon supaya yang bertanggungjawab membuat fitnah ini berhenti dan sebaliknya paparkan berita benar untuk mendapat sedikit keredhaan Ilahi dari menyebarkan kepalsuan dan kebatilan mengenai diri saya. Usaha sedang dibuat dengan pengurusan Facebook supaya memadamkan laman palsu tersebut. Ianya terang-terangan cuba mencemarkan imej serta integriti saya.

Saya sedia memaafkan angkara ini dari sesiapa saja yang menyamar dan mari kita sama mencari sedikit keredhaan Allah SWT dalam bulan Ramadzan ini serta pengampunan dari NYA.

Selamat menyambut hari lebaran Aidil Fitri, maaf zohir dan batin.
HIDUP RAKYAT!! BUBAR DUN PERAK!!!

YB DS Mohammad Nizar bin Jamaluddin.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sabar ye YB..Allah syg sb tu selalu diuji..

jit_tontoya berkata...

haluuuuuuuuuuuuuu...

sah..ini kerja Tambi zamby ore minyak !!!!!champion of Mugabe...metalic of malaysia!! haram jadah tul manhkuk hayun ni!!!111

Tanpa Nama berkata...

10:16 metalic of malaysia colour baru

trgkini berkata...

YB , Khutbah Idul Fitri 1430H yang disediakan oleh Tuan Guru Presiden
boleh di muatturun di http://trgkini.blogspot.com

Emas Perak berkata...

Pendek kata... yang bertarung di dalam politik kita adalah para pengkhianat parti masing-masing. Pengkhianat menentang pengkhianat sedangkan kita di bawah marhaen ini hanya menjadi tukang sorak yang menyorakkan sandiwara yang sedang berlaku. Sampai bila pun kita semua tak akan maju.

Read More

wan afiq berkata...

perkara sebegini biasa berlaku kepada public figure...sila maklum kn kepada org ramai agar klik pada bahagian report/abuse... kemudian tanda kn sebagai fake person..dengan peningkatan jumlah org ramai yg melakukan perkara demikian..pihak facebook akan memadamkan profile tersebut

Tanpa Nama berkata...

YB Dato,
sungguh kagum saya dengan keperibadian Dato,seperti mana jua Nabi kita Mohamed SAW sentiasa memberi maaf kepada musuh2nya.Dengan kekuatan Syahadah,Kita berdoa semoga Allah SWT akan mengurniakan Nikmat,Hikmat & Rahmatnya kepada kita dan mereka2 yang tersebut semoga akan terbuka hati kita sama-sama untok memohon keampunan dari Allah swt,amien...

Puan Ainon Mohd. berkata...

Individu-individu hebat sahaja yang mempunyai "penyamar"....

Tanpa Nama berkata...

Ni dok keja Zamry and the geng atau pun pencacai Umnongok la. hai bulan2 baik ni pun nak wat dosa je. Unmo..Umno...bila nak taubat.

Unanimous berkata...

SALAMUN 'ALAIK. SAYA SYORKAN SAMAN JE SI PEMFITNAH NI. ADAKE BUAT FITNAH DI BULAN YANG MULIA NI????????? INGATLA AZAB ALLAH TU AMAT SIKSA,TAK TERTANGGUNG OLEH KITA, RASA SAYA DIA TAKAN RASA AMAN SELEPAS BUAT FITNAH NI CAYALE ORANG BERDOSA TAKKAN RASA AMAN HATINYA, MESTI GELISAH TAK TENTU ARAH, DUNIA LAGI ALLAH BAYAR TUNAI PERBUATAN KITA DI AKHIRAT LAGI LE TERAMAT AZZZZAAAAAB, TAUBAT LE SEBELUM TERLAMBAT, MATI TU BILA2 JE DATANG, CEPAT2 LE MINTA MAAF PADA YB NIZAR JIKA ADA LAGI FITRAH YANG BAIK DALAM DIRI ANDA, BUANG LE SEMUA SIFAT2 MAZMUMAH DALAM DIRI KITA SEBELUM MATI...NA'UZUBILLAHI MIN ZAALIK