18 Zulkaedah 1431 H
Gua Musang - Penyokong parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, diminta mematuhi segala peraturan sepanjang penamaan calon yang diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan, Gua Musang, hari ini.
Ketua Polis Negeri, Datuk Rahim Hanafi berkata, semua pihak harus mematuhi arahan petugas keselamatan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Menurutnya, ramai akan hadir hari ini, termasuk orang kenamaan dari kedua-dua parti, bagi mengiring calon masing-masing.
“Kami (polis) menempatkan 500 anggota sepanjang berlangsungnya penamaan calon yang terdiri daripada unit udara, trafik, unit peronda dan pelbagai lagi.
“Penyokong Pas akan berkumpul di Masjid Tengku Muhammad FaizPetra, manakala penyokong Barisan Nasional (BN) di bilik gerakan parti di Bukit Cekati sebelum bergerak ke pusat penamaan calon.
“Bermula kira-kira jam 6 pagi, anggota polis ditempatkan di semua jalan-jalan utama bagi melancarkan pergerakan lalu lintas dan penamaan calon,” katanya selepas sesi taklimat bersama petugas keselamatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Rahim berkata, pasukan keselamatan sentiasa bersedia menghadapi apa jua kemungkinan.
Katanya, kekuatan anggota yang bertugas sepanjang berlangsung PRK ini adalah mencukupi tetapi bergantung kepada keadaan dan jika ada keperluan, penambahan akan dilaksanakan.
“Hasil pemerhatian awal, semua pihak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, dan diharapkan perkara ini berterusan sehingga hari pengundian pada 4 November," katanya.
SinarHarian/-

1 ulasan:
"........ bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku" dikhuatiri perkara yang tidak dingini itu berlaku hasil provokasi pihak .............. yang bertugas.Harap-harap tidak jadi begitu.
Catat Ulasan