27 Oktober 2010

Ulasan Penggulungan Umno

18 Zulkaedah 1431 H
Oleh : mso melayu

Si Abu Nawas Dalam Umno

ENGGULUNGAN di perhimpunan agung Umno tidak banyak berbeza dengan perhimpunan yang sudah-sudah. Acara memuja pemimpin merupakan tradisi yang sukar untuk dibuang. Masa yang terhadap itu disendaki dengan pujian melangit.

Nampaknya budaya angkat Dan ampu tidak pernah habis. Bukan saja dari kalangan perwakilan atau pembahas yang ingin dilihat bakal calon tetapi pemimpin tertinggi sendiri turut terjeruk dalam sindim mengampu.

Saya akan memfokuskan ulasan ringkas ini kepada penggulungan oleh tiga Naib Presiden, Shafei Afdal, Hishamuddin Hussein Dan Ahmad Zahid Hamidi. Ketiga-tiga ini yang Ada kelas Dan kualiti atau berpijak di bumi nyata hanya Shafei.

Walaupun beliau dipersendakan sebagai anak lanun Sempora Sabah, tetapi beliau tetap cemerlang kali ini. Anak lanun berjaya mengatasi anak Jawa Dan anak Turki.

Shafei tidak memuja presiden Dan timbalan presiden membuat tuli seperti Zahid Hamid. Beliau memperkatakan kebimbangan dalam Umno yang merupakan satu realiti. Beliau membangkitkan soal sikap orang Melayu yang tidak mahu mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Baginya sikap ini boleh memberi kesan buruk kepada Umno. Perbandingan yang diberikan antara orang Cina dengan orang Melayu yang mendaftarkan diri sebagai pengundi menunjukkan bagaimana orang Melayu tidak bersemangat Dan alpa kepada tanggungjawab. Katanya juga usaha pembangkang terutamanya DAP mendaftar mengundi jauh lebih baik dari Umno Dan Melayu.

Dalam pada itu beliau mahu ahli Umno memberi tumpuan kepada mendaftar ahli. Salah satu langkah katanya masjid boleh digunakan untuk mempublisitikan tujuan itu.

Hishmuddin pula lebih bercrita soal kehebatan Umno Dan para pemimpin terdahulu. Uncapan Dan penggulungan Hishamuddin adalah copyright daripad acapan pada perhimpunan tahun lepas.

Demikian juga dengan Ahmad Zahid Hamid penuh dengan gurau senda Dan kendangkalan idea. Beliau tidak banyak mengemukakan idea sebaliknya lebih kepada jenaka yang tidak berbobok. Diawal pembukaan kata lagi beliau sudah meminta perwakilan memberi tempokan untuk Rosmah Mansor.

Pemujian Zahid kepada Rosmah tidak pernah lekang Dan menjadi satu kewajiban. Seolahnya nyawa dalam hirerki kepimpinan Najib berada di genggam Rosmah.

Walaupun Hishmuddin Cuba mengutuk Anwar Ibrahim tetapi kutukan Zahid lebih jelas Dan ketara apabila beliau mengatakan Ada orang yang tergila-gilakan kuasa Dan meminta Anwar bertaubat. Tidak tahu apakah Zahid terpaksa berkata demikian untuk mendapat markah dari sudut Mata Najib.

Tetapi sesungguhnya apa yang beliau sarankan itu sepatutnya dipraktikan olehnya dulu. Sebelum meminta Anwar bertaubat Zahid dulu kena bertaubat atas dosa-dosanya sebelum ini. Dr Mahathir rasanya setuju dengan saranan ini.

Cerita lima orang Abu yang dikemukakan Zahid menarik Dan boleh dijadikan iktibar. Kisah ini menggambarkan Zahid hampir dengan kisah-kisah suri teladan dari negara Arab.

Beliau nampaknya membuat study mendalam mengenai watak berkenana untuk dipadan dengan fiil perangai orang Umno Dan Melayu. Apa yang diperkatakan Zahid rasanya ramai yang setuju.

Memang dalam Umno Ada Abu Bakar, Abu Talib, Abu Sufiah, Abu Hurairah Dan Abu Jahal. Cuma satu subjek terlupa untuk dihuraikan Zahid mengenai dirinya sendiri. Di antara Abu Abu itu di manakah beliau berada.

Apakah dia sebenarnya Abu Nawas dalam politik Umno kerana sering muncul dengan jenaka bangsawannya pada perhimpunan agung Umno daripada mengemukakan idea bernas untuk memartabatkan Islam Dan bangsa.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang PAS:

"bukan tuhan tanya pun kat kubur awak bangsa mana, yang Dia tanya awak agama apa"?

Orang UMNO:

"Memang lah tuhan tak tanya bangsa apa, tapi tuhan pun tak tanyalah awak dari parti mana, tuhan takde suruh pun nak pejuang islam kena ada sebuah parti islam, bila masa pulak islam ni kena berparti?"

"Islam awak kalau melalut sampai politik, undi dan kuasa. Awak fikir boleh bawak ke syurga jugak ke?"


Soalan:

Tuan,

Macammana nak nandle situasi orang Umno diatas nie?

Terima Kasih

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum,

Adakah 'angkat dan ampu' itu budaya Melayu ?. Atau mahu disebut ajaran Islam, atau ianya suatu budaya songsang peninggalan penjajah ?. Kiranya itu suatu peninggalan, tentunya ia mahu diwarisi pemimpin UMNO, kerana merekalah penerima warisan itu, mana mungkin mahu dikuburkan.

Ramai pemimpin UMNO yang memaksa diri mahu berjuang atas landasan Islam. Ini kerana orang Melayu sebagai bakal pengikutnya memang peka, akur dan sensitif sekali dengan agama yang dianuti. Lantas kiranya mahu mendapat sokongan, maka Al-Quran-lah yang pasti mahu mereka agungkan. Sayang, penghayatannya kalau pun ada ternyata samar sekali. Kalau dahulunya itu suatu PERSEPSI, kini budaya itulah yang telah menjadi amalan dan ikutan pemimpin mudanya. Namun bersyukur juga kita kerana mereka masih mahu ke masjid bersolat Jumaat di saf hadapan.

Lihatlah, baca dan dengari sahaja percakapan, tulisan, dan perlakuan sesetengah pemimpin kita orang Melayu yang dikatakan tinggi sopan santun dan budayanya itu. Tentunya tidak mantap jika tidak diseliti celaan malah laungan Allahu Akbar. Di akhbar, di slogan masa berkempen, juga di ceramahnya sekali. Kerana ringgit, pangkat dan kerakusan, tergamak juga lidah yang lembut itu meluahkan dendam di hati hingga tertanam subur rasa kebencian sesama umah.

Zina, liwat, ji---, terpan--t yang dahulunya itu kita anggap lucah, kini sering menjadi kata-ucapan ramai Yb tua muda di khalayak ramai malah di dewan-yang-mulia itu. Cuba ingati lagi akan perkataan Mahathir semasa menjelajah dunia Melayu dahulu terhadap Anwar, Reformasi terhadap UMNO dan sebaliknya, kata-kata Toyo terhadap Khalid, KJ terhadap kawannya sendiri .

Pemimpin Melayu memang suka menegur, melarang dan membenci kemungkaran, termasuklah mereka yang bergelar ustaz, nazir, ulamak dan Mufti. Namun, hanya yang haprak dan yang maha teruk pandangannya sahaja yang mendapat keistimewaan di dada akhbar.

Mampukah kita menghapuskan kemungkaran ini ?. Pemimpin dan penyokong mesti bersikap amanah dan jujur, walau bendera apapun yang kita kibar. Malangnya istirgfar kita hanya di hati, mungkin itulah yang menjadi kelemahan kita selama ini. Wassalam.