KUALA LUMPUR: Enam pengunjung laman blog didakwa di Mahkamah Sesyen di empat bandar utama hari ini kerana kesalahan menghantar komen menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam laman blog.
Keenam-enam mereka didakwa di bawah Seksyen 233(1)(9) Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998.
Mereka adalah Azrin Md Zin, 33, Muslim Ahmad, 54, Nor Hisham Othman, 36, Chan Hon Keong, 27, Khoo Hui Shuang dan Rutinin Suhaimin, 36.
Daripada enam terbabit, hanya Azrin yang mengaku bersalah.
Di KUALA LUMPUR, Azrin, seorang pembantu makmal dijatuhkan hukuman denda RM10,000 atau lima bulan penjara selepas mengaku bersalah kerana menghantar komen menghina Sultan Perak di sebuah laman blog pada 12 Februari lalu. Dia adalah orang pertama yang dituduh di bawah akta tersebut.
Sementara itu, Muslim yang bekerja sendiri mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan menghantar tiga komen yang menghina Sultan Perak Februari lalu.
- Di BUTTERWORTH, Chan mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghantar komen yang menyerang dan berunsur lucah di sebuah laman web yang mempunyai pautan dengan laman web Sultan Perak.
Seorang lagi, Khoo tidak hadir ke mahkamah dan dipanggil semula untuk sebutan kes pada 15 April ini.
- Di PETALING JAYA, Nor Hisham meminta dibicarakan atas tuduhan menghantar komen yang memfitnah Sultan Perak.
Mahkamah membenarkan dia dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 14 April.
- Di KOTA KINABALU, seorang jurujual telefon bimbit, Rutinin mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang sama.
Mahkamah menetapkan 25 dan 26 Mei ini untuk perbicaraan dan membenarkan Rutinin dijamin RM10,000. Mstar.
Keenam-enam mereka didakwa di bawah Seksyen 233(1)(9) Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998.
Mereka adalah Azrin Md Zin, 33, Muslim Ahmad, 54, Nor Hisham Othman, 36, Chan Hon Keong, 27, Khoo Hui Shuang dan Rutinin Suhaimin, 36.
Daripada enam terbabit, hanya Azrin yang mengaku bersalah.
Di KUALA LUMPUR, Azrin, seorang pembantu makmal dijatuhkan hukuman denda RM10,000 atau lima bulan penjara selepas mengaku bersalah kerana menghantar komen menghina Sultan Perak di sebuah laman blog pada 12 Februari lalu. Dia adalah orang pertama yang dituduh di bawah akta tersebut.
Sementara itu, Muslim yang bekerja sendiri mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan menghantar tiga komen yang menghina Sultan Perak Februari lalu.
- Di BUTTERWORTH, Chan mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghantar komen yang menyerang dan berunsur lucah di sebuah laman web yang mempunyai pautan dengan laman web Sultan Perak.
Seorang lagi, Khoo tidak hadir ke mahkamah dan dipanggil semula untuk sebutan kes pada 15 April ini.
- Di PETALING JAYA, Nor Hisham meminta dibicarakan atas tuduhan menghantar komen yang memfitnah Sultan Perak.
Mahkamah membenarkan dia dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 14 April.
- Di KOTA KINABALU, seorang jurujual telefon bimbit, Rutinin mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang sama.
Mahkamah menetapkan 25 dan 26 Mei ini untuk perbicaraan dan membenarkan Rutinin dijamin RM10,000. Mstar.
8 ulasan:
Bagaimana pula dengan Ibrahim Ali dan Anuar Musa yg pernah hina Sultan Kelantan. Tak ada apa-apa tindakan ke? Begitu juga dgn banner "Kami Nak Deris Natang". Bukan kes derhaka namanya tu? Kalau nak ambik tindakan, ambillah dgn adil. Jgn jadi negara jakun, sering amalkan double standard.
apalah yg boleh kita harapkan pada org2 spt diatas,mereka pendokong umno parti yg tidak berdasarkan alquran.selagi ajaran alquran tidak diamalkan dan hukum Allah tidak ditegakkan selagi itulah tak akan wujud kebenaran dan keadilan dinegara ini.
Penulis blog ditangkap, diISAkan.Tahanan polis dibunuh dalam lokap. Rakyat berdemo dipukul, disembur pemedih mata, ditangkap, dituduh ganas dsbgnya.Orang kampung diserang dengan senjata dan kereta kebal, ramai yang dibunuh, kononnya mereka mengamuk, mereka bahaya. Kalau orang Memali mengamuk, mengapa mereka berada di rumah dan kampung mereka sendiri? Pada siapa yang mereka mengamuk?
Inilah senario negara Islam, negara demokrasi bernama Malaysia.
Tapi pembunuh, penculik kanak-kanak, penjenayah, 'ikan paus' rasuah, semuanya lepas bebas. Masalah dadah sampai sekarang pun tak selesai hingga rosak begitu ramai anak muda (yang kebanyakkannya Melayu). Manakan tidak, yang ditangkap pengedar ikan bilis, yang ikan paus.....
Tapi masih ramai orang Melayu yang redha dengan keadaan ini sebab si 'periuk nasi'. Si 'periuk nasi' inilah yang menghalalkan segalanya. Apa nak jadi dengan negara ini...
Jakun bukan untuk dibuat bahan lawak!
Allah Maha Mengetahu siapa yang melakukan.
Mungkin dinasti Melayu telah ditarik balik kerana brsekongkol dengan kemaksiatan
salam.. saya copy dari suara prima.
MOHD AFFANDI HASSAN JAWAB KOMEN...
Erti Sebenar Kebebasan Bersuara
Kesan peristiwa Perak agak memeranjatkan, dengan ramainya rakyat biasa didakwa kerana menghina sultan Perak. Mengapa orang-orang ini begitu bodoh sampai menyusahkan diri mereka sendiri menghina sultan? Adakah mereka terlalu geram melihat perkembangan aneh dalam politik Perak? Paling aneh, mengapa mereka persalahkan sultan Perak? Jika soalan akhir ini memang menjadi dorongan untuk rakyat bertindak bodoh, mengapa soalan begitu tiba-tiba muncul dalam arena politik Malaysia? Soalan ini sebenarnya tidak perlu ditanya. Sesiapa juga yang pernah membaca Sejarah Melayu, akan bertemu dengan soalan yang serupa.
Umpamanya apabila peristiwa sepak raga berlaku, dan seorang anak raja membunuh seorang anak bendahara yang tidak pun menghala sepak raganya ke kepala anak raja tadi, maka dia dibunuh. Bendahara melarang anak buahnya menuntut bela, tetapi dengan tegas memberi perintah kepada anak buahnya supaya tidak “mempertuankan anak raja” itu. Tetapi hanya seorang bendahara yang boleh membuat keputusan begitu. Jelas sekali keputusan itu keputusan menderhaka; tetapi lebih jelas lagi itulah keputusan yang paling penting ketika kita ingin bercakap tentang kebebasan bersuara.
Peristiwa sepak raga ini menjelaskan kepada kita bahawa orang besar yang berpengaruh dibolehkan menderhaka dalam konteks tertentu; dengan itu dia diberi hak untuk bersuara walaupun di kalangan para pengikutnya saja. Tentu ada yang masih ingat bagaimana krisis perlembagaan Malaysia 1993 ditangani, yang dengan jelas menunjukkan seorang Perdana Menteri tidak dihukum menderhaka, dengan itu kebebasannya untuk bersuara tidak disekat. Jika peristiwa sepak raga ini dibaca bersama sebuah hadis tentang hukum mencuri, apabila Rasulullah SAW menegaskan bahawa jika anak baginda Fatimah mencuri, nescaya dipotong tangannya, maka kita dapati hak bersuara dan menentang kezaliman dibuka seluas-luasnya dalam Islam.
Hukum Islam tidak memilih kedudukan seseorang, untuk dikecualikan. Kebebasan bersuara bermaksud kebebasan untuk berbuat kebaikan, bukan melakukan kezaliman, penipuan, bersikap berat sebelah dan sebagainya yang akhirnya menjurus kepada kebebasan untuk melakukan sesuatu yang boleh menguntungkan kumpulan yang berkuasa dalam sesebuah negara. Sejauh mana orang-orang yang “salah bersuara” itu sedar akan hakikat ini sehingga mereka dituduh di mahkamah kerana menghina? Dalam sistem demokrasi, dan dalam sistem apa juga yang dicipta oleh manusia (termasuk sistem perundangan), hak seseorang ditentukan oleh pihak yang berkuasa, dengan itu apa yang disebut sebagai hak individu hanya wujud dalam konteks itu.
Kalau begitu, apakah pilihan yang terbuka kepada seseorang yang tidak sukakan penipuan, yang menentang kezaliman dan sebagainya? Dia harus menyerahkannya kepada orang yang berkuasa untuk bertindak bagi pihaknya. Maka itulah kita lihat banyak sekali laporan polis dibuat akhir-akhir ini oleh segala jenis manusia yang tidak puas hati tentang sesuatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku tetapi dilakukan. Selagi manusia membenci penipuan dan kezaliman, maka selagi itulah mereka akan membantah dan memberontak dalam cara mereka sendiri. Perkara begini hanya dapat dikurangkan (tidak mungkin dihapuskan) jika pemerintah dan orang-orang berkuasa bertindak adil berasaskan perhitungan hati nurani yang dididik dalam ajaran agama.
Apa yang berlaku di Malaysia sekarang adalah ukuran yang sangat baik, dan tepat, bagaimana ajaran agama itu (termasuk agama Islam) diabaikan sehingga orang-orang yang berkuasa tidak lagi berasa terganggu hati nuraninya untuk bertindak zalim, dengan menipu, mencuri, rasuah, memfitnah, membunuh, dan segala jenis kejahatan yang pernah dikenali manusia sepanjang sejarahnya. Salah satu kejahatan yang dibenarkan dan dilakukan dengan berleluasa dalam apa juga masyarakat manusia, ialah kejahatan memberi kuasa dan kedudukan kepada orang yang tidak layak diberi kuasa dan kedudukan. Rasulullah SAW memberi amaran, jika sesuatu amanah itu diberikan kepada seseorang yang tidak layak menerimanya, maka tunggulah kemusnahannya.
Semua ajaran ini ada dalam Islam, dan mungkin juga diketahui oleh kebanyakan orang. Tetapi mengapa orang yang tidak amanah, dan tidak layak diberi kedudukan itu diberi kuasa atau mendapat kuasa? Itulah politik, the art of the possible. Perhatikan bagaimana istilah “art” itu dilacurkan awal-awal lagi dalam definisi politik yang popular ini. Jadi jika anda dibawa ke mahkamah, atau dicari polis kerana menentang PPSMI “dalam perhimpunan haram”, anda akan mengerti maksud mendalam hadis Nabi SAW tentang amanah tadi.
Itu sudah cukup untuk memberi anda kekuatan yang disebut dalam sebuah hadis lain: Jika kamu lihat kemungkaran, ubah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu, ubah dengan lidah (bersuara menentangnya), atau sekurang-kurangnya berasa benci dalam hati (itulah selemah-lemah iman). Masalah kita ialah orang-orang seumpama ini tidak terdapat di kalangan golongan yang berkuasa. Adakah mereka ini tidak amanah? Janganlah menunggu sehingga kehancuran berlaku untuk kita mendapat jawapannya ...
(harapan63)
janganlah kerana politik adat resam dilupakan...
kebebasan suara, kebebasan suaralah, tp ada had batasannya.. di Thailand, rakyat mereka begitu menyayangi raja mereka, sehinggakan sesiapapun yg menghina raja mereka, pasti akan didakwa.
Mengapa kita tidak boleh menjadi seperti mereka?
Jika kita mempersoalkan mengapa rmai orang yg 'tidak bersalah' ditangkap kerana politik, mngkin betul. Tapi jangan mempersoal mengapa orang yang menghina sultan/raja ditangkap, kerana itu memang hukuman yg setimpal terhadap mereka. Sekiranya mereka menderhaka kpd sultan/raja, bermakna mereka juga tidak setia kpd negara ini, ini termasuk d dalam Rukunegara; KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.
Jangan mempolitikkan institusi beraja kita.....
Hendak kata mengenai Islam, Islam juga menyatakan bahwa kita harus mentaati Allah s.w.t., Rasulullah s.a.w. , ibu bapa dan juga pemimpin/pemerintah, iaitu orang yg berkuasa dari kalangan kita selagi dia TIDAK MENGARAHKAN KITA MEMBUAT MAKSIAT.
Jadi, sejahat mana pun pemerintah tersebut, kita harus mantaatinya dan setia kepadanya jika dia tidak membawa kita ke arah maksiat.
DAULAT TUANKU!
Catat Ulasan