14 Mac 2009

Mahkamah Rayuan: Sivakumar boleh diwakili peguam peribadi

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar boleh diwakili oleh peguam peribadi.

Panel tiga hakim memutuskan perkara itu selepas mendapati tiada peruntukan yang menyatakan Speaker mesti diwakili oleh penasihat undang-undang negeri kerana di bawah Akta Tatacara Kerajaan, Speaker bukan seorang pegawai kerajaan negeri.


Keputusan Panel hakim tersebut ternyata memberikan suatu keadilan dan semua hujah yang dikemukakan oleh Panel peguamnya dalam sebutan kes kali pertama adalah benar cuma nampaknya hakim yang berada di Ipoh itu sudah ada suatu keputusan yang ingin diambilnya.

Kalaulah ada yang mengarahkan keputusan hakim supaya sivakumar hendaklah dipaksa menggunakan khidmat Penasihat undang-undang negeri, siapakah mereka itu?

Adalah tersangat ganjil hakim reduan tidak tahu yang speaker bukannya penjawat awam. Siapapun boleh dilantik kejawatan itu malah ianya bermusim seperti jawatan ADUN lain walaupun iannya boleh diambil dari bukan kalangan ADUN. Bila bubar DUN habislah jawatan itu.

Menafsirkan speaker sebagai penjawat awam sepertilah pemikiran budak-budak sekolah tadika dan sekolah rendah. Ada otak tapi kurang berakal.

Natijah dari kes ini bolehlah diambil pengajaran bahawa benarlah bahawa tindakan yang dilakukan oleh Speaker sering mengikuti undang-undang, dia malah dinasihati oleh pakar undang-undang dan pengamalnya .

Masalahnya BN dan UMNO menerima nasihat dari nafsu gelojoh dan serakah, tidak sabar dang angkuh dengan melanggar dan menafsirkan undang-undang untuk kepenting periuk nasi mereka.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah di ucapkan. Terus lah berusaha dalam lingkongan undang2 yang ada.Kita mesti sentiasa ingat kalau ada orang yang bencikan kita tetapi masih ramai lagi yang masih sayangkan kita.

Tanpa Nama berkata...

ALHAMDULILLAH! semoga kebenaran akan timbul akhirnya dan kepalsuan tenggelam selama-lamanya.

Tanpa Nama berkata...

Kebenaran InsyaAllah akan terbongkar, mereka dan keluarga mereka akan dimalukan oleh kezaliman mereka sendiri.orang seperti ini hatinya tidak akan tenteram.Hidup Islam.Takbir.

Tanpa Nama berkata...

peruntukan di mahkamah ipoh lain dan peruntukan di mahkamah rayuan lain kot? Lebih afdal tukar hakim lain je kat mahkamah ipoh tu, bagi seseorang yang tahu membaca dan mengadili mengikut apa yang dibaca bukan ikut suka-suka, ada ke undi tak percaya pada hakim? Sebab dalam DUN adakan!

Tanpa Nama berkata...

Salam.. dah namanya pun umno YB. klau x bodoh tu bkn la umno namanya..

(harapan63)

Tanpa Nama berkata...

ALHAMDULILLAH,YANG HAQ SEMAKIN TERSERLAH! MANUSIA MERANCANG...NAMUN PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK!!!TAKBIR!

Tanpa Nama berkata...

macam mana pesuruhjaya kehakiman kata tak boleh.... atau ada suara2 ghaib yang membisikkan ketelinga beliau.... speaker perak tu pun belajar undang2 juga... so, jangan cuba perbudakkan dia.......

Tanpa Nama berkata...

'al Hakam' (the judge) adalah salah satu dari 99 nama Allah. Menjadi hakim adalah satu pekerjaan yang paling terhormat, tetapi jika menjadi hakim sekadar mahu memuaskan hati sesuatu pihak tanpa mematuhi peraturan dan undang-undang sama ada ianya peraturan manusia apatah lagi peraturan Allah, maka siksanya memiliki penyakit 'telinga busuk sebelah' dan siksa yang pedih diakhirat.

Tanpa Nama berkata...

Takbir!!!!semoga segala usaha ini diberkati Allah....Bantulah kami ya Allah...

Tanpa Nama berkata...

Nape ramai sangat yang pilih DS Ir Nizar utk jd calon BG...bagi dia tumpu je kat Perak.baik hanta panglima Taliban,Ust Azli Musa.kasi gear itu parlimen! Takbir!

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat Std Mahkamah kat Perak memang Low Std. berbanding Mahkamah Persekutuan...

Memang dari awal saya rasa berat sebelah....

Kalaulah dijatuhkan/diputuskan Hukaman yang salah sebelum ini....
Mungkin banyak yang tak bersalah telah disabitkan kesalahan sebelum ini di Perak...
Molek rasanya sesiapa yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah di Perak sebelum ini memohon untuk dibicarakan semula.....
Kerana kemungkinan tersalah membuat keputusan dalam menjatuhkan hukuman....

Kesian mereka yang teraniaya.....
Kesian mereka yang dizalimi.......

Dr Ahmad Muhammad Mujahid berkata...

Salam Drs....

Leh ajarkan saya tak macam mana nak tau dah berapa orang lawat blog kita?

Tanpa Nama berkata...

'Periuk nasi' - itulah alasan orang UMNO untuk buat apa saja, dari rampasan kuasa tidak berlandaskan perlembagaan dan undang-undang, jenayah hingga mengasari perayu undi PAS. Semuanya kerana periuk nasi seolah-olah tanpa UMNO mereka tak boleh cari makan. Tak yakinkah mereka bahawa Allahlah Pemberi Rezeki? Dan adakah manusia ini hidup sekadar 'makan nasi'? Manusia yang telah diberi dwifungsi sebagai hamba Allah dan Khalifah Allah, yang telah Allah Ta'ala jadikan sebagai 'sebaik-baik kejadian'. Rendah sangatlah tahap khalifah Allah jika tugasnya sekadar jaga periuk nasi dan makan nasi!
p/s
YB, komen untuk poll tidak boleh dibaca, kenapa ya? Saya tak setuju DS Hj Nizar bertanding sekarang kerana bagi saya, dia adalah Menteri Besar Perak yang sah. Jika beliau bertanding sekarang, seolah-olah kita mengiyakan yang dia bukan lagi Menteri Besar. Kalau DUN sudah dibubarkan, tak mengapa.