14 Mac 2009

MB Nizar dan Speaker lawat plak yang diceroboh.


IPOH: Beberapa individu disyaki telah menceroboh dan merosakkan plak yang dijadikan tugu "Pokok Demokrasi", lokasi berlangsungnya mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar ADUN Pakatan Rakyat pada 3 Mac lalu.

YAB. Menteri Besar Perak, DS. Muhamaad Nizar Jamaluddin dan ADUN yang lain telah melakukan lawatan mengejut pada jam 11.00 pagi bagi melihat sendiri kesan kemusnahan plak yang diceroboh itu.





Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, sebuah tabung akan dilancarkan bagi mengutip derma bagi membina plak baru yang lebih besar dan cantik bagi menggantikan plak yang rosak itu.

"Plak baru ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, Tamil, Cina dan Inggeris bagi memudahkan pelancong memahaminya," katanya.

Ahad 8 Mac lalu, Pakatan Rakyat meletakkan tugu dan menanam lima batang anak pokok hujan-hujan di tapak 'sidang tergempar' DUN tersebut.

Sambil merujuk pokok tempat sidang tergempar itu berteduh sebagai 'pokok demokrasi', setiap anak pokok dilabelkan dengan prinsip pemerintahan Pakatan Rakyat Negeri Perak iaitu wibawa, keadilan, amanah, ketelusan dan kebajikan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

plak dan pokok-pokok tu dalam pagar bangunan SUK ke? Kalau luar pagar sesiapa saje boleh lakukan, tapi kalau dalam pagar...... kene siasat pengawal keselamatan le.....

mat_terab berkata...

Ni mesti perbuatan orang yang bacul dan pengecut ja ni.....

Tanpa Nama berkata...

Ini mesti perbuatan orang-orang yang tak ade telor.

Tanpa Nama berkata...

samseng kg dusun punya kerja ni.