27 Oktober 2010

YB SALAHUDIN AYOB BAWA GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT LARUT

18 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Abu Syamil

BATU KURAU 23 OKT : Penduduk Batu Kurau rasa bertuah dengan kunjungan YB Salahudin Ayob ke Kawasan mereka, Ketibaan beliau di Taman Lela iaitu pintu masuk DUN Batu Kurau diiring oleh sekumpulan anak muda yang menunggang motorsikal sambil mengibarkan bendera PAS sepanjang perjalanan ke Markaz PAS Jelai.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS meminta supaya PAS Larut terutamanya jentera Pemudanya dapat merancakkan lagi gerak kerja bagi menghadapi pilihanraya yang kian hampir.

Beliau telah mengakhiri kunjungannya ke Kawasan Larut dengan ceramah di sebelah malam bersama Che’Gu Bard,Calon Ketua AMK Malaysia, DR. Dhari Othman,YDP PAS Larut,Dr Mohd Nor Manuty, Ketua Cabang PKR Larut serta Ust Akmal Kamarudin selaku Pengarah MTD Batu Kurau yang baru dilantik.

Majlis pada malam tersebut telah dipengerusikan oleh Ust Nazri Din selaku Ketua Dewan Pemuda Pas Larut.

2 ulasan:

BEKAS PEMUDA UMNO berkata...

INSYA-ALLAH.KETUA PEMUDA, USTAZ MOHD NAZRI DIN AKAN MEMENANGI DUN KUBU GAJAH PRU 13 DENGAN IZIN ALLAH.KAMI PENDUDUK LARUT AKAN MENYERTAI GELOMBANG PERUBAHAN INI.

PBK berkata...

mesti daftar pemilih -
semak ic anda disini-
http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/