Ketika kes tersebut mula dibicarakan pada hari Isnin 17hb Ogos, jurugambar polis yang telah dipanggil untuk memberikan keterangan berdasarkan gambar sebagai bukti telah mendedahkan bahawa operasi polis pada hari itu, 6hb Februari 09 dipanggil sebagai 'OPS BUBAR DUN'.
Menarik bukan?. Maka benarlah tanggapan kita bahawa polis memang telah ada niat jahat untuk menjalankan operasi tangkapan walaupun perhimpunan belum terbukti akan berlaku 'huru-hara'.
Ketika saya dan 44 orang yang lain ditangkap di perhimpunan aman Protes Januari 2008, polis telah menamakan operasi mereka sebagai 'OPS PADAM 3', dan ketika 589 orang ditangkap di Himpunan Mansuh 1 Ogos, ianya juga dinamakan sebagai 'OPS PADAM', tapi saya tidak jelas ops padam yang ke berapa pula.
Selama 3 hari kes dibicarakan 4 orang saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan berdasarkan gambar. Saksi kedua telah gagal untuk hadir. Mereka semuanya terdiri dari jurugambar polis yang berpengalaman sebagai jurugambar lebih dari 10 tahun dan ada yang hingga 22 tahun lamanya.
Setiap orang dari mereka bila ditanya, mendapat arahan dari siapa telah mengaku bahawa mereka menerima arahan dari Cif Inspektor Ghazali dari Unit Cawangan Khas (SB) Bukit Aman untuk bersedia berkhidmat di sekitar kawasan Istana dan Masjid Ubudiyyah. Mereka telah berada di sekitar jalan menuju ke Masjid sejak jam 8 pagi lagi.
OKT khusyuk mendengar penjelasan dari peguam sebaik mahkamah menangguhkan kes pada hari terakhir 19 Ogos 2009 ke 27-30hb Oktober.
Mereka telah mendapat arahan supaya mengambil gambar orang awam yang berkumpul dan yang nampak aggressive, ganas dan menimbulkan huru-hura.
Oleh kerana mereka-saksi-saksi ini terlalu menrut arahan, mereka menghadapi masalah apabila disoal balas oleh peguambela OKT. Mereka dapat menjawab semua soalan yang ditujukan oleh TPR dengan mudah, tenang, faham dan pasti untuk setiap soalan.
Peguambela mencadangkan kepada saksi bahawa mereka sebenarnya lansung tidak faham dan tidak tahu apa yang OKT lakukan di dalam gambar-gambar yang dikemukakan sebagai bukti.
Saksi menjawab bahawa "saya hanya mengambil gambar sahaja."
Peguambela bertanyakan kepada saksi "apakah encik tahu bahawa OKT yang di dalam gambar ini memakai apa?"
Saksi :" berbaju melayu hitam dan berkain pelekat"
Peguambela: "Apakah kamu tahu dan nampak bahawa polis telah melondehkan kain OKT ini?"
Saksi : "tidak tahu, saya hanya mengambil gambar"
Salah seorang OKT ketika ditangkap dan dikepung oleh polis telah tertanggal kain pelikat yang dipakainya kerana dilondehkan oleh polis.
Soalan dan jawapan yang menarik yang ditanyakan kepada saksi oleh Timbalan Pendakwaraya, Othman, akan dikongsikan di bawah. Namun kadangkala cara persoalan yang dikemukakan oleh TPR kepada saksi membuat kami tertanya apakah motifnya.
Setiap seorang saksi ditanya apakah tujuan mereka dihantar ke sana. Mereka mendapat arahan untuk ke kawasan masjid dan istana untuk merakam perhimpunan dan 'standby'.
Saksi pertama yang merakam gambar beberapa orang yang disebutnya sebagai mahasiswa. Gambar mahasiswa memegang banner yang tertulis "MAHASISWA TOLAK KERAJAAN ALTANTUYA"
TPR bertanya kepada saksi "Altantuya ada hadir?"
Saksi dengan betulnya menjawab "Tak ada".
Untuk saksi ketiga pula TPR telah bertanyakan soalan mengenai kehadiran FRU dan posisi mereka, samada mereka berkumpulan dan kedudukan mereka adakah di kedua-dua hujung jalan.
Saksi menjawab; "kedudukan FRU di tengah dan di hujung jalan"
Saksi mengakui bahawa beliau tiba di perkarangan kawasan masjid pada jam 12.30 tghari.
TPR bertanyakan kepadanya "bagaimana keadaan masjid ketika itu"
Saksi menjawab dengan selamba: "HURU-HARA" (tak logik betul...belumpun masuk waktu solat Jumaat)
Saksi yang seterusnya pula mengakui mula bertugas jam 12 tengahari di depan Masjid Ubudiyyah dan mula mengambil gambar jam 2.15 petang. Dia membuat keterangan bahawa suasana jalan keluar masjid menuju ke istana menunjukkan suasana kecoh dan bertolak-tolak.
"Suasana kelam-kabut, FRU menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan orang ramai yang menuju ke Istana."
Peguambela mencadangkan kepada saksi bahwa mereka hanya menerima arahan untuk mengambil gambar suasana orang-ramai yang kecoh dan huru hara tetapi tidak mengambil gambar, tidak merakam gambar suasana kekecohan di pihak polis dan FRU sebab tidak mendapat arahan tersebut.
Peguambela: "Apa-apa tindakan aggressive polis. FRU dan sebagainya tidak diambil, only the aggressiveness of the people. Ada tidak gambar aggressive polis, jawab soalan."
Saksi : "Tidak ada"
Peguambela mencadangkan bahawa sebenarnya gambar-gambar yang ditonjolkan adalah suasana yang tenang apabila ketiadaan polis dan FRU.
"Polis tak ada semua happy, polis datang ada masalah"
Inilah hakikat yang ingin kita bongkarkan di dalam kes 'OPS BUBAR DUN' ini dan kesemua kes operasi polis untuk semua perhimpunan aman yang dilakukan oleh rakyat.
Seperti kes Peacewalk bersama Peguam pada Dec 2007, beberapa orang peguam dan orang awam telah ditangkap polis, didakwa di mahkamah. Apabila kes dibicarakan Hakim telah membebaskan mereka kerana tidak ada bukti yang kukuh bahawa mereka engkar perintah polis untuk bersurai dan mereka juga berhimpun dan berjalan dengan aman. Polis yang telah mengakibatkan suasana menjadi bising dan hura-hura.
20 ulasan:
Salam YB
Nak buat soalan mencelah.
Kalau mamat2 ni tak hadir dalam perhimpuan haram tu, adakah berlakunya kekecohan ini.
Apakah humumnya perhimpunan tanpa permit ni yang di adakan dengan bercampurnya lelaki dan wanita.
Jawapannya tentulah haram.. kalau ada unsur2 haram dalam sesuatu aktiviti tu. maka haramlah semua aktiviti itu. Kalau dah lakukan perbuatan haram yakni yang mungkar.. maka kalau tak taubat atau taubat tak diterima Allah, maka masuk Neraka lah mamat2 tu.
Yang dok hadir dalam perhimpunan haram tu buat apa. Pastu salahkan Polis pulak...
Bawak2 lah berfikir secara rasional. Jgn dok salahkan pihak lain..
Kan dah terang lagi bersuluh.. yang dapat majoriti di Perak ialah BN... bukan PR. Takkan tak tahu kira kot. 31 adalah lebih besar drpd 28. ( 31>28 ) Dalam sesuatu pemerintahan yang mengamalkan sistem demokrasi, sesuatu parti yang mendapat undi majoriti.. maka berhaklah ia mentadbir bagi Negeri itu.
Yang mamat2 ni dok kecoh2 nak melalak dan nak halang RM tu buat apa. Dah lah tak ikut undang2 pastu nak lawan raja pulak. Kalau tak tahu camana nak kira belajar la...
Jgn lah jadi bodo macam kayu..ikut aja apa yang orang buat. Kesian ...
Jgn lah dok cari apa juga alasan... lawyer tu tahu undang2 ke...Basic case ni senang saja. perhimpunan tu tak ada permit so haram.. kalau dah haram tak boleh disertai. Jgn la dok pusing2 lagi cari alasan nak halalkan perhimpunan dan perbuatan mamat2 tu.
HURU-HARA kerana gas pemedih mata dan water cannon melampau
28 - 28 lah dol.... 3 tu bebas... mana ada bebas tapi sokong belah mana2.. tu demokrasi ala Najib...
dol kakirempit, sebenaqnya hang ni tak reti undang2. hang pi mengaji dulu la. pi kaji undang2 tubuh negeri Perak dulu. walaupun BN 31, PR 28. MB masih Nizar. Dia hanya bulih diganti seandainya DUN dibubarkan, kalah undi tak percaya dan letak jawatan sendiri ja.
ada paham ka!?
dol kakirempit, sebenaqnya hang ni tak reti undang2. hang pi mengaji dulu la. pi kaji undang2 tubuh negeri Perak dulu. walaupun BN 31, PR 28. MB masih Nizar. Dia hanya bulih diganti seandainya DUN dibubarkan, kalah undi tak percaya dan letak jawatan sendiri ja.
ada paham ka!?
kaki rempit tu sekolah ke atau merempit aje lepas tu jadi putera umno yang dah senyap sekarang tak ade aktiviti. ingatlah polis malaysia memang terbaik di dalam tugasnya tapi mereka bodoh tak berani nak bersuara bila diarah oleh pegawai atasan atau pun oleh pegawai tinggi umno walaupun dah tau ape yang mereka buat itu salah. mereka patut berkecuali dan gunakan undang undang tanpa memilih bulu. gunakan akal yang tuhan bagi. selamat berpuasa
Alahai dol dol,dah dapat elaun ke bulan ni?
namadahle dol kaki rempit. pandai dok kata haram pi perhimpunan yang kau dok merempittu apa hukumnya? DOL KAKI REMPIT dok ngata org dia yg lebih. POOOOOOOOOOOOOOOOOOORAH
memeng bodoh lah mamat dol kakirempit ni. nak tunjuk pandai konon tapi apa pun tak tahu.
hey samdol...rampas kuasa tu halal ker? nak kumpul kat masjid,kenduri, tepi jalan nak kena permit ke? Hang ada baca akta polis ka? Apa punya kera jaan daaa...undang2 rimba..!
nama pun dol kakirempit.. abistu merempit tu x langgar undang2 ke? boleh membunuh lagi tu (bunuh diri atau langgar lari).. ha, banggalah ngko jadi kakirempit..kalau x tau apa cerita, elok dok diam jelah..
kalau dah jahil murakap serupa sidol rempit diatastu susahlah mike2 nak ulas.mcm ni punya spesis memang bangap dan ramai gak..cerdik xleh tumpang..bodo xleh diajar.
Dol kakirempit...
Kau merempit tu ada permit tak? Yg kau hadir & pi merempit tu pasai apa? Dah sah2 apa yg kau buat tu HARAM.
Perhimpunan secara aman adalah hak rakyat diperuntukkan dlm perlembagaan. Hak merempit ada dinyatakan dlm perlembagaan? Mana lagi hina? Merempit atau berhimpun menyatakan pendapat kepada pihak pemerintah? Pikirlah sendiri...
mu sekoloh mana dol
eh..dol biol..ko pegi pasar tak?atau mana2 pasaraya?kat sana pn brcmpur gak laki ngan pompuan kan?laaa....pegi jgk ko..tak haram ke tu dol....org tawaf keliling ka'abah plak mcmana?kan bercampur tu?tlg cite ckit dol....alaaa...ko lg terok dol..menang je rempit bikin kenduri minah rempit...makan ramai2 plak tu..ishh...hebat betul ko ni dol...
kuat sungguh tepu mamat dol kakirempit dgn BN... Toksah dok tempelak demokrasi kalu tak berapa arif... Lebih baik mamat dol pujuk 3 makluk berwajah manusia tu masuk BN cepat2.. baru la majoriti.... BEBAS tu maknanya tak sokong mana2, lebih kurang ATAS PAGAR...
Sultan tu.. bukan nak kata.. kalu gitulah putusannya.. ada ke ciri2 bekas ketua hakim... macam ada apa2 je dgn Najib..
So mamat Dol rasional dan fikirlah dalam kotak
kuat sungguh tepu mamat dol kakirempit dgn BN... Toksah dok tempelak demokrasi kalu tak berapa arif... Lebih baik mamat dol pujuk 3 makluk berwajah manusia tu masuk BN cepat2.. baru la majoriti.... BEBAS tu maknanya tak sokong mana2, lebih kurang ATAS PAGAR...
Sultan tu.. bukan nak kata.. kalu gitulah putusannya.. ada ke ciri2 bekas ketua hakim... macam ada apa2 je dgn Najib..
So mamat Dol rasional dan fikirlah dalam kotak
Rempit pun haram, kalau satu hari polis keluar arahan tak boleh sembahyang jemaah kerana tak diberi permit maka haram jugaklah sembahyang jemaah tu!!!
Kenapa semua himpunan yg nak di adakan oleh PR tak dapat permit? Kalau undang2 menyebelahi bn, kenapa takut nak beri permit kepada satu perhimpunan yg aman!?!
Rampasan kuasa di Perak tu ikut undang2 ke? Bersidang dan buat lah undi tak percaya pd Nizar dulu, itu baru ikut udang2...sendiri buat undang2 sendiri langgar macam undang2 mak bapak dia sendiri!!!
dol oh doll..
ape la yang badigol sgt hang ni...
bace habis2 tak kat atas tu???
aku amik contoh yang last skali tu, Peacewalk...
hang tau tak, semua yang datang tu peguam, bukan org yang kurang cerdik mcm hang..
pastu hakim bebaskan diaorg sbb takde bukti..punca huru hara ni bukan sbb peguam.
ni semua kes org yang mcm hang ni la dol,
tak paham bahasa..tau nk sembur, tembak gas..
tu la kejenya, baik g keje kat tempat lain la..
dol, hang nk cakap pasal majoriti..
yang pilih wakil rakyat ni sape??
hang sorg??? name pn wakil rakyat..kalau wakil rakyat dah suke melompat disbbkan kna beli..rakyat mane la tak marah..
dol, hang ni bayak2kan la rehat,
tenagkan sikit otak,
jangan buat kacau..dah mcm FRU..a,k,a lembu kerajaan.
semenjak bila negara kita daruratni nak kena ada permit... bukan ke kita da merdeka 52 tahun??? so buat pe ade permit... rakyat bebas melakukan apa2 pun... boleh berjalan boleh berhimpun boleh menyanyi... permit tu hanya kaburkan org bodoh mcm kakirempit tu je... boleh ke percaya hidup2 dengan permit.. tapi sampai sekarang akta tu org PR tak takut la... cakap la ape2 pasal permit ke perminpunan ke... org2 PR tetap dtg berkumpul, sbb kami hidup dibumi merdeka... kami tau undang2... pagi2 kena tangkap...(saja nak gertak rakyat) petang bebas la..) yang ko ni org berkumpul kat PWTC tu jerit2 macam monyet "anwar pengkhianat" takde plak permit... apsal tak de FRUck dtg bagi diorang mandi air asid... bukan org2 jerit2 macam ni la yang patut kene ISA samat. sbb boleh mengancam negara... bengong la.. cakap org kayu yang hang tu sampah tak guna.. sampah masyarakat.. taunye merempit bohsia.. pastu pii tgk filem2 camtu buat benda tak senonoh.. itu la erti hidup ko kat dunia yer... igt la "kalau kaki rempit ni islam la", hidup mu ni bukan kat duniaje nk aman.. kat akhirat pn kene aman gak.. macam mana nak aman.. kena la sokong Pakatan Rakyat baru dapat PAhala.. sebab ape kene sokong? lu pikir la sendiri....
Catat Ulasan