ALOR SETAR, 23 Ogos: Setelah ugut mengugut sekian lama, akhirnya Adun Lunas, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan dirinya keluar dari PKR dan menjadi Adun bebas.
Menurut sumber, Mohd. Radzhi telah beberapa kali mengugut mahu meninggalkan Pakatan dan menyertai Umno, namun tidak pernah berbuat demikian sebelum ini. Dia juga didakwa beberapa kali berjumpa dengan Datuk Seri Mahzir Khalid bagi membincangkannya.
"Kegagalan paling besar Radzhi adalah membawa sebarang pengikut khasnya di kalangan Adun Pakatan Rakyat," kata Zulkifli Yahaya, Pengarah Penerangan kerajaan negeri Kedah.
Sebelum ini, Radzhi telah beberapa kali mengugut untuk meninggalkan PKR. Antaranya disebutkannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak.
Media juga, termasuk TV3, telah beberapa kali menyiarkan berita tentang beberapa kes penyelewengan exco negeri Kedah namun tidak pernah didedahkan nama Exco berkenaan.
"Dan exco yang dimaksudkan oleh media sebenarnya adalah Radzhi," kata seorang pemimpin dari Kedah.
ImageRadzhi dilaporkan membuat pengumuman di Kuala Lumpur keputusannya keluar dari PKR namun tidak menyatakan samada dia meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri atau tidak.
Radzhi adalah Ezco Pelancongan Kedah.
Azizan, semasa bercakap di Bukit Mertajam berkata, beliau akan menunggu keputusan dari PKR tentang kedudukan Exco yang dijawat Radzhi kerana ia hak parti itu dalam kerajaan negeri Kedah.
"Saya masih menunggu surat rasmi dari PKR mengenai kedudukan Radzhi dan jika pucuk pimpinan parti itu minta saya gantikan orang lain (Anggota Dewan Undangan Negeri dari PKR) maka saya akan ganti dengan orang lain.
"Setakat ini, saya cuma mendengar berita mengenai tindakan Radzhi yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas tetapi saya belum dimaklumkan oleh beliau sendiri," kata Azizan sebagaimana yang dilaporkan sebuah media.
HarakahDaily.Net/-

7 ulasan:
dia tak gentlemen, sepatutnya dia letak jawatan sbg adun dulu baru keluar parti.
Yob Pencen(pendapat peribadi):-
Seseorang yang tidak mempunyai pegangan/pendirian
yang jitu dan mantap tidak akan meninggalkan wadah
perjuagan,demi rakyat yang meletakkan ditempat
yang "berkuasa".Kerana seribu harapan masih di
tunggu-tunggu olih rakyat yang memilih beliau.
Harap Maaf- JazakalLah.
Kalau dia keluar PR sebelum bulan Ramadhan boleh la kata ada setan jahat yang hasut. Ni dia keluar PR dalam bulan Ramadhan, maknanya dia ni memang jahat. Tapi tak pa duri kerajaan Negeri Kedah sudah tercabut dengan sendiri.
Wahai MB Kedah, ini peringatan Allah untuk kamu, tegakkan hukum-hukumNya, ingat pemerintahan yang diberikan Allah di Negeri Kedah adalah pinjaman, kalau yang Maha Kuasa tidak redha, habis kita. Ingatlah, masyarakat bukan Islam sokong PAS sebab contoh yang baik yang ditunjukkan di Kelantan, ambillah contoh baik itu dan gunakan. Semoga Allah Lindung dan Berkati Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan Ust. Azizan.
salam ramadhan...
meman betul,,Allah taala telah cabutkan satu duri dalam dading dlm kjaan Kedah yg boleh mghncurkn kjaan Kedah,,ini adalh dugaan Allah mnjelang prk pmtang pasir.
marilahlh kita memohon agr Allah tetapkn hati kita semua semoga golongan yg kaki cabut ini akan mendapat balasan dari pengkhianatan yng dilakukan kepada pengundi Lunas dan Rakyat Kedah..
Buah buruk jatuh sendiri....
pkr takmau, pas pun takmau..apabenda lagi takmau.
kalau hangpa bagi habuan mungkin nak kot.umno bagi empat juta,cuba hangpa bagi dua kaliganda dari umno pastu confirm tak keluaq.aku bukannya ape cuma nak peringat kat hampa..kena pekhati betui pada semua Yb PKR yang dok ada la ni.silap haribulan habis nanti.aku cuma nak tabik pada Yb Pas je, pasai aku tengok takdak Yb depa nak lompat.respect...respect gua caya lah.
wang adalah segalanya untuk kamu ,tapi ingat wang itu wang haram ,neraka lah yang sesuai untuk kamu.
Catat Ulasan