14 September 2013

Toleransi berlebihan punca hilang sokongan Melayu?

8 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -

ALOR SETAR: PAS gagal meyakinkan pengundi Melayu bahawa ia mampu memainkan peranan penting dan berkesan untuk memartabatkan bangsa Melayu dan memelihara kepentingan Islam termasuklah dalam pelaksanaan syariat Islam di Malaysia.

Demikian kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Ustaz  Harun Taib sewaktu menyampaikan ucaptama di Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang diadakan di Kompleks PAS Kedah.


Menurut beliau, sikap toleransi berlebihan dan tidak berhati-hati PAS terhadap tawar menawar bukan Islam dan bukan Melayu juga amat meragukan pengundi Melayu terhadap kemampuan PAS dalam memelihara kepentingan mereka.

"Sekalipun undi Cina meningkat 14.1 peratus terhadap PAS pada PRU13 lalu, PAS tetap tidak akan dapat untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya dalam parlimen.

"Adalah mustahil bagi PAS untuk terus berkembang selagi ia tidak mampu memperjuangkan haknya dalam Pakatan Rakyat bagi menambah memenangi lebih banyak kerusi parlimen, apatah lagi untuk PAS menjadi teras kerajaan Malaysia sekiranya Pakatan memerintah kelak," ujarnya.

Beliau berharap PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali tahaluf siyasi.

Ketua Dewan Ulamak itu juga menyarankan kepada kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat agar memberikan ruang yang munasabah dan sesuai kepada golongan ulamak untuk turut serta dalam kepimpinan dan pengurusan kerajaan negeri.

Mutaqa Ulamak dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat yang dijadualkan sehari suntuk hari ini, menghimpunkan perwakilan ulamak dari setiap negeri.

Antara yang disenaraikan terbabit dengan ucapan, perbahasan dan wacana ialah Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS, Dato' Haji Mahfuz Omar, Naib Ketua Dewan Ulamak, Dato' Dr. Mahfodz Mohamad, Datuk Dr. Mohamad Khairuddin at Takiri, Dato' Dr. Johari Mat, Dato' Nik Zawawi Salleh, Ustaz Zaharuddin Mohamad, Ustaz Mokhtar Senik dan Dr. Ahmad Nazri Mansor.

harakahdaily.net

4 comments:

Anonymous said...

Nampak gaya Ketua Dewan Ini Meminta Jemaah Melangkah KeBelakang..Syabas Anda Memungkinkan PAS Menjadi Tidak Relevan Pada PRU14.

Anonymous said...

Siapalah kita utk kritik ulama saudara....

Anonymous said...

Lazim nya...jika nak dunia hilang akhirat...dapat akhirat hilang dunia...mcm mana mahu kedua dua nya?...maka PAS mesti berani seperti harimau dlm memperjuangkan islam...walaupun terpaksa korban harta dan nyawa...

din dogol said...

menang dunia menang akhirat tu yg terbaik.....kritik ulama bukan salah kerana ulama juga tentu ada salah!