15 Disember 2008

ADUN Titi Serong sampaikan Dermasiswa Kerajaan Perak.

PARIT BUNTAR, 5 Dis :- Dermasiswa yang diberikan kepada anak Perak yang berkelayakan adalah sebagai menghargai kejayaan yang dicapai dan sebagai perangsang kepada yang anak perak yang lain untuk berusaha lebih gigih untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.Demikian antara ucapan ringkas ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim sebelum menyerahkan Dermasiswa Kerajaan Perak di pejabatnya disini.



Drs. Khalil memberikan ucapan ringkas.


Jelasnya untuk tahun 2009 sebanyak RM 6 Juta diluluskan dam sidang Bajet yang lepas bagi memenuhi hasrat tersebut. Sehubungan dengan itu beliau berharap anak-anak perak yang berkelayakan tanpa mengira agama dan bangsa membuat permohonan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Wakil Ahli Parlimen Parit Buntar, Baharin Desa dan ibu bapa penerima Deramsiswa.

Pada kesempatan itu Drs. Khalil menyerahkan cek berjumlah RM 1000 untuk setiap seorang kepada 4 orang penerima iaitu Ng Yee Han (Ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi, USM),Nurul Syazwani Binti Kurnian (Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, USM),Asmahani Binti Mohamed Yusoff (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) USM )dan Nazatul Norasikin Binti Md.Yaacob(Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Pembangunan Manusia) UKM).


Drs. Khalil juga menasihati penerima sumbangan tersebut untuk menjaga nama baik keluarga dan Kerajaan Perak dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat kelulusan yang cemerlang.