27 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR : Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque sekali lagi muncul dengan idea baru apabila mengumumkan pernerbitan animasi “Datuk Nazak & Antutuya”.
“Ketika semua orang sibuk pasal (kontroversi) nama Allah, saya teringat nama ‘ALtantuya’. Kerana itu saya menerbitkan animasi ‘Datuk Nazak & Antutuya’ dalam episod ‘Antutuya bunuh diri’,” katanya .
Animasi 4.28 minit ini, ujarnya bagi mengenang kematian model asal Mongolia yang dibunuh dengan kejam pada bulan ini tujuh tahun lalu.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada animator, kartunis Jonos yang berkerja keras menyiapkan animasi ini,” ujarnya.
Zunar pernah bertugas sebagai kartunis di Harakah pada kemuncak era reformasi tahun 1999.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan