Rokok seludup (gambar hiasan)
PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan cubaan menyeludup 18 juta batang rokok dan 4,900 botol minuman keras pelbagai jenama bernilai RM1.142 juta dengan anggaran cukai RM10.415 juta.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan Datuk Zainul Abidin Taib berkata rampasan itu dibuat dalam serbuan di Terminal Kontena Butterworth Utara, Pulau Pinang pada 11 Oktober lepas.
Barangan terbabit yang dipercayai diseludup dari negara jiran, diisytihar sebagai 'Pvc Gloves' dan 'Solar Glass', katanya dalam sidang media, di Pejabat JKDM Dengkit, dekat sini, Jumaat.
Katanya susulan itu juga JKDM menahan dua individu termasuk seorang pekerja di pelabuhan berkenaan.
Kedua-duanya yang berusia 40 dan 43 tahun ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan dan tidak lebih 20 kali ganda nilai barangan, atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan agar menghubungi JKDM di talian 1-800-8855. -BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan