01 November 2013

Kebakaran & Hujan Sebabkan Kesesakan Teruk Di Lebuhraya Persekutuan

27 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Beberapa unit flat PKNS di Kampung Kerinchi musnah dalam kebakaran petang Khamis.
KUALA LUMPUR: Kebakaran di flat PKNS menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang laluan kedua-dua arah di Lebuhraya Persekutuan dekat Kerinchi pada Khamis.

Kesesakan itu bermula berikutan kejadian ribut di Lembah Klang dan keadaan bertambah teruk apabila pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang.
Kebakaran itu menyebabkan enam unit kediaman di bahagian atas flat di Kampung Kerinchi tersebut musnah. Difahamkan kebakaran bermula dari dapur.
Bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera dalam kebakaran itu.
Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, 11 jentera bomba dari balai Pantai, Hang Tuah, Sri Hartamas, Gombak Selatan, Seputeh dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima maklumat pada 4.40 petang.
mStar/-

Tiada ulasan: