13 November 2012

4 maut di Jambatan P.Pinang warga Indonesia

28 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
 \


GEORGETOWN — Polis Pulau Pinang hari ini mengesahkan empat individu yang terlibat dalam kemalangan atas Jambatan Pulau Pinang pada 28 Oktober lalu adalah warga Indonesia.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis telah menyiasat identiti pemandu kereta yang menggunakan nama rakyat tempatan Sadisafizan Saad, 36, terbabit selepas seorang lelaki di Selangor mendakwa kad pengenalan yang terdapat pada mayat mangsa adalah miliknya.
Beliau berkata, pegawai penyiasat telah dihantar ke rumah lelaki yang mengatakan dirinya adalah Sadisafizan yang tinggal di Kampung Selayang Baru, Batu Caves, Selangor bagi mengesahkan dakwaan terbabit.
"Hasil siasatan polis mendapati lelaki itu telah menjumpai dan menggunakan kad pengenalan Sadisafizan yang dilapor hilang pada 28 September tahun lepas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kemalangan itu, pemandu yang menggunakan identiti Sadisafizan bersama rakannya, Muslim Idwar, 38, dan seorang wanita, Mai Linda, 18, terbunuh selepas kereta jenis Proton Perdana yang dipandu hilang kawalan sebelum merempuh tembok Jambatan Pulau Pinang.
Abdul Rahim berkata, seorang lagi penumpang wanita tanpa dokumen pengenalan diri yang berusia lingkungan 20-an juga telah meninggal dunia selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang beberapa hari selepas kemalangan itu berlaku.
Beliau berkata, kes itu dianggap telah selesai kerana semua mangsa yang terlibat dalam nahas itu telah meninggal dunia. — BERNAMA

Tiada ulasan: