12 Jun 2008

Gaji sebulan dua ansuran adakah boleh selesai masalah ?

Mata sudah mula mengantuk, kepala sudah makin berat ditambah fikir perkara yang satu ini. Kata PM gaji bulanan pegawai dan kakitangan kerajaan akan dibayar dalam dua ansuran sebulan, , separuh pertama daripada gaji akan dibayar pada pertengahan bulan dan separuh kedua pula dibayar pada hujung bulan.

Secara logiknya adalah juga kebenaran untuk menyelesaikan masalah yang mendesak rakyat yang berpendapatan tetap ini. Gamaknya bila pembayaran gaji bulanan dibayar ansuran dua kali dapatlah kakitangan kerajaan merancang kewangannya dengan lebih baik.

Tetapi yang tidak selesai masalah adalah jumlah gaji yang diperolihi, pastinya tidak ada pertambahan. Kalau yang bergaji rendah contohnya RM 1000 sebulan, sebanyak itu juga yang diterimanya dalam sebulan cumanya dua kali RM 500 sahaja.

Realitinya apakah rasional sangat keputusan ini. Yang jadi masalah wang itu sudah tidak cukup lagi untuk menampung semua kos bulanan. Jadi yang menjadi persoalan ialah tambahan gaji bukannya bayar berapa kali.

Walaupun dibayar setiap haripun jumlahnya tetap sebanyak itu. Sedangkan barang hari-hari naik. Semuga kita tetap bersabar dengan pengumuman yang bermacam-macam sekadar untuk meredakan kemarahan kita bersama.

4 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

ustaz,

Dah hilang kredibiliti....buat kerja kelamkabut.saat2 terakhir seorang pemimpin.

Kurma berkata...

last-last jadi huru-hara dalam pejabat

Hebatnyer Melayu berkata...

salam....
dalam semua masalah kita bukan boleh membuat penyelesaian itu sekelip mata. sekurangnyanya berusaha untuk mengurangkan beban rakyat. kita semua maklum yang mana YB kita ini merupakan seorang ahli perniaagan sebelum ini jadi beliau tidak memandang sangat mengenai gaji. jadi orang yg mcm kita ini hidup mkn gaji terpaksa laaa memikirkan semula.

sekian

Kurma berkata...

kita fikir balik tentang kehidupan nabi...nabi Muhammad SAW adalah seorang tokoh ahli perniagaan, Dia tidak suka kita jadi miskin sebab nabi sendiri pun pernah miskin waktu zaman kanak-kanak dahulu sebab itu nabi tidak suka umatnya jadi miskin sebab itu dia membina baitulmal termasuk derma fitrah.

Kalau nabi Muhammad SAW hidup sampai harini dia adalah jutawan dalam dunia ini semua ekonomi dia yang pegang, nabi lah seorang tokoh ahli perniagaan termasuk juga semuanya, pada masatu Bill Gates pun bukan lawan dia, Bill Gates terpaksa sujud hadapan nabi untuk minta nasihatnya. Saya percaya kalau nabi hidup sampai harini satu dunia memeluk Islam menjadi umatnya.