05 January 2014

Barang naik, salahkan tangan memangkah BN

3 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Apabila harga barangan keperluan naik, pemimpin Umno BN dan media Umno cuba menyalahkan peniaga, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. 

Katanya, mereka cuba mengalihkan isu untuk dibeban kepada peniaga kerana barang menjadi mahal kononnya beberapa siri tangkapan dan serbuan dilakukan kerana peniaga menaikkan harga barang.
 “Pada hal peniaga tidak ada pilihan, kerana dengan kenaikan petrol, tol, letrik memberi kesan kepada peniaga dan peningkatan modal. Akhirnya mereka tidak ada pilihan, barang mesti dinaikkan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Fenomena yang berlaku, kata beliau pengundi BN di dalam PRU13 tidak boleh melepaskan diri kerana mengundi parti itu. 

“Angkara merekalah menyebabkan telah memberi lesen kepada pemimpin BN yang menaikkan keperluan asas sehingga memberi kesan kepada peningkatan kos walau pun pemimpin BN, terutama yang membodohkan orang Melayu yang tidak bermaklumat kononnya kenaikan harga minyak, tol, elektrik tidak memberi kesan kepada mereka, cuma memberi kesan kepada pengguna yang kaya sahaja,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Menurutnya lagi, malahan mereka diumpan, jangan bimbang, harga barang akan diimbang dengan pemberian BRIM nanti. 

“Pengundi BN yang separuh sedar termakan dengan hujah tersebut. Sekarang mereka cukup tertekan dengan kenaikan harga barang,” ujarnya.

Harakahdaily

No comments: