05 January 2014

Mayat dua beranak yang lemas di Sungai Kerian berjaya ditemui

3 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

NIBONG TEBAL: Mayat dua beranak yang dipercayai lemas ketika memancing di Sungai Kerian, Kampung Tanjung Berembang di sini berjaya ditemui selepas operasi mencari dan menyelamat mangsa dilaksanakan hampir 23 jam. 

Mayat, Mohd Halif Akim Halim berusia 1 tahun 10 bulan ditemui pasukan penyelamat pada jam 12.30 tengah hari tadi kira-kira 400 meter dari hulu sungai manakala bapanya, Halim Ibrahim, 52 ditemui penduduk kampung kira-kira jam 5.40 petang berhampiran tebing dekat lokasi kejadian. 



Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, Halim bersama isteri, dan dua anaknya, Nor Amira Halim berusia lima tahun dan Mohd Halif Akim keluar untuk bersiar-siar dan memancing ikan di kawasan sungai berkenaan. 

Bagaimanapun, Mohd Halif Akim terjatuh dari atas bot dipercayai tergelincir dan menyebabkan Halim terjun untuk menyelamatkan anaknya.

No comments: