05 Januari 2014

Mangsa samun nyaris dibakar

3 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Nibong Tebal: Seorang pemandu lori nyaris dibakar hidup-hidup oleh dua penjenayah yang menyamunnya dalam kejadian di Taman Tambun Emas, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang berusia 49 tahun dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya di Butterworth selepas mengambil besi di sebuah kilang di Batu Kawan.

Dia yang memandu berseorangan berhenti di persimpangan lampu isyarat berhampiran tol Bukit Tambun sebelum dua lelaki menunggang motosikal berhenti di sebelahnya. 

"Secara tiba-tiba, seorang daripada suspek terus masuk ke dalam lori mangsa dan penjenayah yang bersenjatakan pisau mengacu senjata berkenaan sebelum mengarahkan mangsa memandu lori ke Taman Tambun Emas," katanya. 
Menurutnya, rakan suspek yang menunggang motosikal mengekori lori terbabit dan sejurus tiba di lokasi yang agak sunyi suspek kemudian merampas dompet mangsa.

"Selepas mengambil wang, suspek keluar dan mengunci pintu bahagian pemandu manakala rakannya pula membawa tong berisi minyak sebelum mencurahkannya ke seluruh lori dan membakar kenderaan itu.

"Mangsa ketika itu berada dalam lori bagaimanapun dia berjaya keluar melalui pintu bahagaian penumpang sebelum lari menyelamatkan diri ke sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Superintendan Safien Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejaidan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Mymetro

Tiada ulasan: