10 Februari 2009

Ahli Parlimen Bukit Gantang(PAS) meninggal dunia.

IPOH, 9 Feb:- Setakat ini saya menerima pengesahan dari Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Hj. Abdul Rahim dan ketua Penerangan PAS Perak, Ust. Misbahul Munir bahawa Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Mengikut maklumat yang diperolihi beliau keluar dari rumahnya dengan bebasikal tanpa membawa talipon bimbit dan beliau terjatuh semasa mengayuh basil berdekatan dengan stesen minyak Petronas di Pekan Batu Gajah. Pengesahan juga diterima dari YDP PAS Kawasan Batu Gajah, Hj. Ismail.

Al fatihah.... .

16 ulasan:

Creedence Clearwater Revival berkata...

assalamualaikum yb,

eh, betul ke yb roslan shaharom meninggal?? yb pasti ke? meninggal sbb apa?

daLyaanoon berkata...

moga arwah digolongkan dalam org2 yang beriman...amin...alfatihah!

Tanpa Nama berkata...

http://parlimen059.blogspot.com/

dengar kata kemalangan.tukar tiub

HEROES berkata...

TAKZIAH BUAT YB BKT GANTANG,SEMOGA D TEMPATKAN D KALANGAN YG BERIMAN..AL FATIHAH

Unknown berkata...

salam,
Allah Maha Kaya, rakyat akan bangun untuk menunjukkan KUASA RAKYAT didalam PRK 059 nanti.
Al Fatihah buat Allayarham YB Shaharom dan takziah untuk keluarga YB.

www.shaiful-hulusgr.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Takziah & Al-Fathihah

Tanpa Nama berkata...

takziah & Al fatihah

minta maaf, sungguh kita dalam kesedihan dalam mendengar berita ini saya dengan rendah diri mohon mencadangkan seperti berikut:

untuk pilihanraya kecil kawasan ini. letak Ir Nizar untuk calon PAS. insyaAllah, di saat kemarahan rakyat ke atas BN pada waktu ini,
majoriti rakyat perak akan memilih beliau

orang pas kedah

Che Nuddin berkata...

salam,
Allah Maha Kaya, rakyat akan bangun untuk menunjukkan KUASA RAKYAT didalam PRK 059 nanti.
Al Fatihah buat Allayarham YB Hj Roslan Shahrom dan takziah untuk keluarga YB.

Tanpa Nama berkata...

salam.

takziah atas pemergian pejuang Islam sejati.
ana lihat ada hikmah ats semua ini.

1. salah satu DUN dlm parlimen bukit gantang adalah Cahngkat Jering yg mana adun nya telah berpaling tadah kpd BN.

2. Allah mahu uji Pas sejauh mana mampu menahan dugaan dengan kematian ini. lebih2 lagi berlaku di PERAK yg kebetulannya ada masalah dan krisis.

3. jikalau pas kembali menang dlm PRK bukit gantang itu petanda RAKYAT masih mahukan PR utk perintah perak!!

4. kalau YB Nizar bertanding di Bukit Gantang dan menang, maknanya beliau akan mengikut jejak langkah lim guan eng dan khalid ibrahim utk GEGARKAN PARLIMEN.

ALLAHU AKBAR!!!

Tanpa Nama berkata...

salam tuan,

sebagai anak kelahiran perak pohon tuan calonkan dan sampaikan pesanan ini kepada pimpinan pas, saya calonkan YAB Nizar sebagai calon MP Bukit gantang.

Harap tolong sampaikan. TK

Mohd Hafizan Mazuki berkata...

salam takziah...smg beliau ditempatkan di dalam golongan yang beriman

Tanpa Nama berkata...

Salam takziah buat keluarga Allahyarham, semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang beriman. Saya juga sebagai anak yang dilahirkan dan dibesarkan di dalam kawasan bukit gantang juga amat bersetuju mencalonkan YAB MB Nizar sebagai calon PAS P59 Bukit Gantang

Tanpa Nama berkata...

Innalillahiwainnalillahirojiun..Allah taala maha berkuasa

Tanpa Nama berkata...

AlFatihah,

kenangan berkempen bersama Allahyarham semasa PRU12 masih dalan ingatan

salam takziah buat keluarga Allahyarham.

wakil UPU Kampung Senduk Ulu

Tanpa Nama berkata...

Innalillahiwainnalillahirojiun...Salam Takziah buat keluarga Allahyarham...Allah lebih sayangkan pejuang Islam bernama Allahyarham Roslan Shaharum,
semoga mendapat temapt yg mulia disisi Allah dan dianugerahkan syurga mu...insya Allah ...Al-Fatihah... perancangan Allah yg maha hebat utk mengadakan PRK059 di Bukit Gantang... musuh2 Allah akan dibenamkan di Bukit Gantang...Takbir!!

Tanpa Nama berkata...

tunggu kebumi dulu baru kita ckap hal piliharaya, malu ke ore umno la, sapo rasa2 kita nak letak calon, ana ingat kita letak yb ir dato seri nizan sendiri