Perak kini berada di dalam kemelut perlembagaan. Media massa yang dikuasai Barisan Nasional sudah dikerahkan untuk memutarbelitkan fakta bagi mengelirukan rakyat dalam perang propaganda. Pertama, dikatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memulakan insiden lompat ini dahulu. Kedua, Pakatan Rakyat dikatakan khianat terhadap DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Sememangnya Anwar telah memulakan jemputan kepada wakil-wakil rakyat BN untuk menyertai Pakatan bagi peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan. Tetapi jemputan Anwar ini dibuat dari awal, secara terbuka.
Malangnya, kali ini tindakan rampasan kuasa BN pimpinan Dato' Seri Najib Razak diselubungi tipu daya, ancaman dan rasuah. Mula-mula, Dato' Zainal Abidin Zin, mantan Timbalan Menteri Pertahanan mengakui membawa seorang pemimpin Keadilan Perak berjumpa Najib sejurus selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008. Pemimpin tersebut mendakwa Najib menawarkan wang RM50 juta untuk mendapatkan beberapa wakil rakyat sekaligus menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Selepas itu, YB Osman Jailu dan YB Jamaluddin Osman ditekan dengan pertuduhan rasuah ketika menjadi exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Kemudian, mereka hilang tanpa diketahui semua. Mereka mendakwa mereka cuti sakit, tetapi isteri mereka pun tidak tahu ke mana mereka pergi.
Kini, apakah status pertuduhan rasuah Osman dan Jamaluddin? Dahulu BN bermati-matian menuduh mereka bersalah, tetapi kini wujud dilema: jika mereka didapati tidak bersalah, rakyat akan menganggap itu sebahagian dari perjanjian untuk menyokong kerajaan BN. Jika bersalah dan dihukum, mereka boleh kehilangan kerusi mereka, dan lebih parah lagi, BN akan dianggap sanggup menerima sesiapa sahaja untuk mendapatkan kuasa mereka.
Anwar turut menulis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memanggil sidang khas bagi membuat undi tidak percaya kepada kerajaan dalam dewan. Tawaran Anwar juga dibuat dengan tekad untuk membubarkan Parlimen selepas peralihan kuasa agar tindakan itu mendapat mandat rakyat. Tindakan Anwar penuh adab kepada keluhuran perlembagaan dan prinsip demokrasi.
Namun, BN yang sebelum ini berhasrat menggubal undang-undang lompat parti kini diam membisu tentang mendapat mandat rakyat. Dewan Undangan Negeri sebagai institusi legislatif negeri dibelakangkan. Apatah lagi apabila Speaker DUN telah pun memutuskan Osman dan Jamaluddin meletak jawatan. BN boleh mempertikaikan hakikat tersebut, tetapi mereka hendaklah ambil tindakan mahkamah memandangkan Speaker sudah pun membuat keputusan.
Pandangan peribadi saya, tindakan menukar parti bagi seorang wakil rakyat seiring dengan prinsip kebebasan berpersatuan dalam perlembagaan. Pilihan ini membolehkan wakil rakyat mempunyai kuasa ketika berhadapan dengan kuasa eksekutif dan pimpinan parti. Tetapi mereka seharusnya berani berhadapan dengan penilaian rakyat yang boleh mengukur sama ada tindakan mereka dibuat di atas prinsip atau tidak. Tindakan mereka juga hendaklah bebas dari sebarang tekanan, ugutan mahupun habuan.
Tentang persoalan kedua, tindakan ghairah Najib lah yang mahukan peralihan kuasa dibuat dengan apa jua cara yang telah mencemarkan kemuliaan institusi raja berperlembagaan di negara kita. Sekiranya Najib sanggup menggunakan tindakan beradab dengan meminta pembubaran DUN atau persidangan khas DUN seperti Anwar, institusi raja tidak akan terheret di dalam kontroversi ini. Tetapi beliau terlalu ghairah setelah gagal bertarung di dalam gelanggang pilihan raya di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Khairy Jamaluddin pula cuba mengapi-apikan sentimen kononnya Pakatan khianat. Sebelum Mac 2008, Khairy cuba memakai topeng Ultra Melayu agar meraih sokongan. Tetapi selepas 8 Mac yang mana keangkuhan beliau turut dikatakan penyebab kehilangan sokongan BN, beliau berubah watak sehingga kelihatan pandangannya umpama pimpinan Pakatan. Tetapi sekali lagi dalam usaha mendapat sorakan orang ramai, beliau kecundang, memilih jalan pintas.
Pada Mac tahun lepas, penyokong parti mana yang mengibarkan kain rentang memanggil DYMM Sultan Terengganu "natang" (binatang)? Melayu hari ini tidak mudah lupa. Jelas, siapa beradab dan siapa khianat.
Najib menyatakan beliau bukan memulakan peristiwa lompat-melompat. Tetapi Najiblah yang memulakannya secara khianat dan tidak beradab. Pakatan menganjurkan peralihan kuasa, Najib memulakan rampasan kuasa. (Email)
NIK NAZMI NIK AHMAD merupakan ADUN Seri Setia, Selangor dan turut menjawat Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor serta Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Beliau menulis blog di www.niknazmi.com. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi beliau

14 ulasan:
mu topik kan cuma masuk islam nak jadi calon ybabi je, puak2 mu tak terima, mu masuk parti islam aku, syukur la, eh eh tanya sikit, dah kerat ke...
tu lar dia, islam dengan islam pun nak gaduh. jangan menghina orang yang dapat hidayah dari Allah. kamu , jika kamu sendiri yang kononnye pandai dan dah lama dalam islam, sepatutnya kamu tunjuk contoh yang baik. Islam tu bukan Khas untuk MELAYU je. sepatutnya kamu tu yang patut kena kerat 2, 3 kali. lain kali pakai lar akal fikiran. kamu amat memalukan.
dap+pkr - tidak baiknya anda menggunakan bahasa menghina begitu. tak ingatkah malaikat kiri dan kanan yg sedang mencatat? atau memang buat dosa kering ni satu keseronokan? astaghfirullah. anda mgkn lahir dlm keluarga Islam tapi langsung tiada akhlak Islam.
kalu ybabi hidup di zaman maharaja cina, apa ya hukuman kepada yang mendurhaka... lu fikir la sendiri....
cicit tok guru, anda ni kenapa? guru anda tak ajar ape2 ke? takde sivik. anda ada baca sejarah tak? suruh org lain fikir, anda yg patut berfikir. kalau anda fikir zaman silam, ntah-ntah tok nenek moyang anda tu bukannye islam, sedangkan rasul pun suruh belajar sampai ke negeri china, ade ke dia ckp kat negeri melayu? anda berfikiran seperti org melayu pada era melayu lama. tak baca sejarah. anda skolah darjah berapa? dulu selalu ponteng sekolah ke? bahasa melayu anda hebat ke? bahasa melayu dapat berape? jangan malukan orang lain. baca sejarah dan fahami... anda reti baca jawi? tak reti pergi belajar. reti bahasa cina? tak reti pergi belajar. nak berpolitik, kena ada ilmu. orang macam anda tak layak berpolitik. anda nak chong budak darjah satu boleh, pergi berdebat dengan dia orang. anda sangat lemah daya pemikiran. Menyedihkan. saya harap anda tidak terpesong jauh.
dap+pkr - Anak siapa awak ni tak beradap.Waris Najib ke.....Oi macam tu sekali cakap dia.Malu saya...
dap+pkr..
apa punya manusia hg ni??
buat malu org islam jer..
org kite ni hanya tahu memperjuangkan bangsa je...perjuangan agama ditinggalkan...pemikiran mereka x ubah seperti zaman jahilliah...
yang perlu di perjuangkan adalah islam, bukan bangsa... orang yahudi hanya memperjuangkan bangsa dia je, halal bagi diaorang utk membunuh/tindas bangsa lain, jangan ikot macam diorang (na'uzubillahiminzalik)...
Salam, tuan2 jgn pelik lah dgn sikap UMNO/BN ni sbb zaman Nabi Muhammad s.a.w. pun dah ada puak2 mcm ni yang umpan Nabi s.a.w dgn kuasa, harta & wanita. Jadi mereka ni adalah pewaris puak2 musyrikin tu. Sekian hrp maklum.
Aku kadang-kadang aku tak tau samada nak mengaku aku ni Melayu lebih lagi bedepan dgn melayu yg jahil mcm dap+pkr (kalo dia melayu la..) . Bapak aku cakap moyang aku asal dari Kwantung, mak aku cakap nenek dia asal dari Jambi. Bila aku banding-bandingkan aku dengan majoriti org yg mengaku melayu kat Malaysia ni dan aku tengok cermin mmg muka aku mcm melayu. Jenuh juga aku buat kajian sape melayu yg sebenarnya sbb aku tengok ramai juga org-org yang sespesis Mahathir, Reezal Merican, Mohd Nor Yaacob, Zainuddin Maidin dan banyak lagi dlm UMNO tu mengaku dia Melayu, dr dulu sampai skrg aku betul-betul confuse..So lebih senang la aku mengaku aku ni orang Islam dan sbg seorg Islam hanya pada yg dua aku tak boleh derhaka, derhaka pd Allah dan ibubapa. Apa? Raja? "Melayu" dlm UMNO mungkin masukkan ini dlm list dia orang..
rakyat melayu Melaka sudah 500 tahun kehilangan raja sebab rajanya lari berkelana lantaran kalah perang mempertahankan negerinya. Hari ini melayu melaka semacam jua\ga dengan melayu yang negerinya ada raja.DiMelaka ada mesjid negeri yang ada raja pon ada mesjid, sekolah,hospital, ada pasar raya ada berbagai2 juga ada babi yang banyak sipelihara di sg. mengkuang. oleh itu ada raja tak ada raja sesebuah negeri tak mendatangkan kelebihan apa2 kepada orang melayu malah melayu bertambah teruk, sebab penegih dadah melayulah juara, merempit melayulah no.1, anak zinah melayu yang teramai, murtad melayulah juga kunun melayu semua Islam, menerima rasuah juga melayu teratas sekali. yang memalukan kuasa ditangan melayu sejak 50 tahun kaum melayu yang termiskin ditanah negeri2 melayu yang ada raja baik pon tak beraja sama saja. dizaman melinium globalisasi raja sudah tak reliven.daulat raja2 sebenarnya ada ditangan rakyat. raja sebagai payung kepada rakyat sudah di sangsikan peranannya maka elok benarlah rakyat sembahyang sunat istikharah memohon petunjuk Allah sesuai ke tidak sistem beraja ini dikekalkan.
...komen tuan2 menggambarkan siapa tuan2 sebenarnye! pagi ni saya yang melayu ni dah berasa malu nak mengaku melayu, rupanye dah ada melayu yang akhlaknya macam babi hutan,komen tak ikut akal . taubat laa!wahai dap+pkr agar Allah muliakan balik melayu dengan Islam.
menghormati pemimpin termasuk juga dalam ajaran Islam
buka buku teks P.Islam tingkatan 5 ada diajar
Catat Ulasan