14 Februari 2009

Nizar fail saman terhadap Zamry..

KUALA LUMPUR: YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, jam 11.20 pagi ini untuk menfailkan saman terhadap Menteri Besar Perak kudeta, Zambry Abdul Kadir.

Beliau menfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah deklarasi bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, menamakan Datuk Zambry Abdul Kadir sebagai defendan.

Beliau juga menuntut perintah injunksi menghalang Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Perak yang baru dan dibubarkan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta dadakan semula pilihan raya negeri.

Kelmarin dalam sidang akhbar di Ipoh mengenai masalah yang sama, Exco Kanan, Ngeh Khoo Ham mengatakan saman itu akan di lakukan oleh panel 12 orang peguam.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.Apa maksud kudeta?
Sekadar bertanya.

Tanpa Nama berkata...

kudeta tu kerajaan rampasan kuasa, secara undemokratik...

Selongsong berkata...

Dari dewan bahasa (http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx):-

kudeta
(kudéta) rampasan (perampasan) kuasa utk memerintah secara ganas atau tidak sah.

kudeta == coup d'etat (sudden unconstitutional overthrow of a government)

Muhammad Fahmi berkata...

lebih kurang macam kuda kena tembak secara senyap/haram...