14 Februari 2009

Serah rumah dan kereta bukan arti kami mengalah, Nizar.

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Keputusan untuk mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar serta menyerahkan kenderaan rasmi bukan berarti Pakatan Rakyat mengalah dan kecewa, kata YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat,Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di sini.

Ir.Nizar berkata, tindakan itu hanyalah semata-mata mematuhi dan menghormati arahan pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Perak.

“Sedikit pun tidak dengan penyerahan ini, memudaratkan apa-apa tindakan yang kami buat sebelum ini termasuk ikhtiar untuk mendapatkan deklarasi daripada Mahkamah Tinggi. Tidak menjejaskan sama sekali". Jelas Nizar.

Nizar hadir ke mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menfailkan saman keatas Zamry Abdul Kadir yang merampas haknya sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat yang sah.

Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah pengisytiharan dari Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Mohammad Nizar selaku pemohon juga menuntut perintah injuksi menghalang Menteri Besar Perak yang baru, Zambry Abdul Kadir daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar serta menuntut pilihan raya diadakan semula di negeri itu.

1 ulasan:

Zali berkata...

Jangan dibiarkan keangkuhan dan kesombongan UMNO dan Najib. Mahkamah akan menentukan keputusan yang diharapkan dapat menegakkan keadilan.

Sama ada berjaya atau tidak atau mahkamah menyebelahi PR, itu bukan masalah. Yang penting kita perlu gunakan apa sahaja saluran undang-undang yang ada,and get the best lawyers.

Rakyat sewajarnya diberi kebebasan memilih, buykan secara kekerasan, rampas kuasa dan membuat kerja jahat.

Saya dari segi prinsip tidak bersetuju wakil rakyat lompat parti. Kalau hendak lompat juga, mesti letak jawatan dan bertanding semula.

UMNO bukan anak jantan, tetapi pengecut dan berselindung di sebalik gambaran undang-undang yang boleh dimanipulasikan dan keramahan serta kemurahan sultan.

Zali