14 Februari 2009

Zambry dan Exco kudeta di lapor kepada Soeaker DUN.

IPOH, 13 Feb, : Tindakan Menteri Besar Kudeta di Perak, bersama Exco yang dilantiknya dilaporkan kepada Speaker DUN Perak, V. Sivakumar. Sepucuk surat rasmi telah dihantar kerana mereka yang terlibat telah melanggar Undang-undang Tubuh Negeri Perak, perkara 16(6).

ADUN Canning, Wong Kar Woh dalam sidang akhbar di Pejabat DAP Ipoh bersama dengan ADUN Pakatan Rakyat yang lain, Khalil Idham Lim (Titi Serong), Khesvinder Singh(Malim Nawar), Lim Phek Her (Mengelembu), Siva Subramaniam (Buntong)dan Chang Lih Kang hadir yang turut hadir.

"Mereka diminta supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Perintah Tetap Dewan Perkara 72 " Kata Wong.

Tindakan Zambry dan Exco kudeta yang dilantik telah menimbul kekeliruan dan ketidak temteraman dalam negeri Perak, kerana itu atas sifat saya dan mereka yang terlibat adalah ahli dewan maka laporan tersebut telah dibuat kepada speaker.

Saya difahamkan Jawatankuasa telah melakukan mesyuarat kelmarin setelah menerima surat dari saya itu" Jelas Wong.

Jawatankuasa Hak dan kebebasan di pengerusiakan oleh Speaker dan diangotai oleh 6 adun yang lain, termasuk seorang dari BN. 5 ADUn dari pakatan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa itu ialah Selingsing, Tebing Tinggi, Simpang Pulai, Kepayang dan Bercam. Temenggor mewakili BN.

3 ulasan:

Selongsong berkata...

Salam Al-Fadhil YB Ustaz Idham Lim,

Ana dimaklumkan bahawa ADUN Canning, Wong Kar Woh adalah lepasan UIA dan pengetahuan beliau dalam Al-Qur'an dan Sunnah dikatakan sangat mendalam.

Ana harap Al-Fadhil YB Ustaz Idham Lim agar mengambil peluang untuk mengajak dan menyeru beliau kepada Islam.

salam jihad tanpa nokhtah

selongsong.pencucuh

Selongsong berkata...

Maaf atas kesilapan mengeja nama beliau, bukan "Wong Kar Woh" tetapi, "Wong Kah Woh"

rujukan:-
http://wongkahwoh.blogspot.com/

Selongsong berkata...

Al-Fadhil Ustaz Idham Lim da'ie yang hebat, mad'u pun hebat-hebat. Subhanallah.

Takbir! Allahu Akbar!

selongsong.pencucuh