13 Februari 2009

Kuasa Sulit Sultan?

Terima kasih kepada Prof.Aziz Bari yang pakar itu kerana Sultan mempunyai kuasa sulit. Dalam konteks politik di Perak, maka Sultan menggunakan kuasa sulitnya jadi ia tidak boleh dipertikaikan.

Tulisan ini bukan bertujuan untuk mempertikaikannya, jauh dari memperkecilkannya. Kenyataan seperti ini tidak pernah didengar apatah lagi dihebohkan sedemikian rupa di media.

Selama ini sebagai rakyat marhaen, kita patuh dan taat kepada sistem undang-undang manusia yang mana Sultan adalah ketua pemimpin. Tetapi tidak terlintas Sultan mempunyai kuasa sulit sebegitu.

Dalam cerita melayu dulu-dulu, Sultan mempunyai kuasa sakti, ada berbagai-bagai bentuk samada melalui kerisnya atau melalui selimpangnya. Kuasa sakti itu pula diguna apabila berdepan dengan kesulitan.

Kesulitan atau kekacauan dapat diselesaikan apabila kuasa sulit itu digunakan. Dalam cerita moden orang putih dan Jepun umpamanya. Banyak hero-hero yang mempunyai kuasa sulit. Ia diguna dalam keadaan terdesak saja. Kuasa-kuasa sulit dapat dilihat sebagai api yang keluar dari tangan atau mulut untuk memhembus dan membakar musuh- Cerita Ultraman. Badan boleh bertukar menjadi sasa, gagah dan mempunyai kuasa yang luar biasa dari enjin-enjin ketika tersedar – Incredible Hulk.

Pada satu masa cerita-cerita ini sangat popular di Malaysia. Pernah juga ada kes budak mati terjatuh dari tingkat atas rumah flat kerana cuba terbang menggunakan sayap superman atau meniru gaya spiderman bergayut. Ini contoh yang klasik kuasa-kuasa sulit yang ada ada watak-watak manusia istimewa yang mempunyai kuasa sulit untuk menyelamatkan dirinya dan menyelamatkan manusia lain yang berada dalam keadaan sulit.

Berbalik kepada kuasa sulit sultan, sebagai marhaen kita tidak tahu setakat mana kuasa sulit sultan boleh berperanan untuk membantu rakyat jelata yang marhen. Kita tidak tahu adakah kuasa itu berada di atas undang-undang atau di atas perlembagaan British dulu. Hebat dan kuat macam mana kuasa sulit itu juga tidak tergambarkan.

Sebagai rakyat marhaen, ingin juga lihat supaya kuasa-kuasa sulit itu dikeluarkan sekali-sekala untuk ditunjuk kepada rakyat, paling tidak biar rakyat gerun pada sultan. Ia boleh menimbulkan rasa pada rakyat untuk terus takut, segan serta hormat pada sultan. Mungkin masa zaman penjajah kuasa itu belum ada, kalau tidak sudah tentu ia boleh diguna untuk mengusir penjajah.

Tetapi apa yang dibimbangkan ialah kuasa sulit sultan itu dapat dirasai oleh semua rakyat jelata. Lebih membimbangkan lagi apabila ada pihak yang merasa teraniaya kesan penggunaan kuasa sulit itu. Jika keadaan ini berlaku, adakah sultan-sultan boleh mengeluarkan kuasa sulit mereka untuk menentangnya apabila askar dan polis sudah tidak mampu lagi?.

Cuba lihat Pulau Batu Putih sudah hilang dari peta Malaysia, kenapa Sultan tidak menggunakan kuasa sulit menghalang Pulau Batu Putih dari menjadi milik Singapura?. Bahkan Singapura sendiri terlepas dari peta Malaysia itu pun tidak termampu ditahan oleh apa yang disebut sebagai kuasa sulit sultan.

Setakat ini sudah ada dua benda ajaib yang belum di ketahui oleh UNESCO untuk dijadikan bahan sejarah. Pertama ialah "kontrak sosial" dan kini ke dua ialah "kuasa sulit sultan". Pernah suatu ketika fasilitator BTN di tanya, di manakah dokumen kontrak sosial di simpan?. Fasilitator tersebut jawab ia disimpan dalam bilik kebal di Wisma Putra. Jawapan tersebut ditertawa oleh perserta BTN. Orang zaman sekarang sudah cerdik mereka tidak boleh lagi ditipu tanpa fakta dan bukti.

Kenapa ia disimpan begitu!. Keluarkan biar rakyat jelata tahu dan dapat kesan dari kedua-dua benda ajaib tersebut supaya masyarakat dapat dibentuk untuk hidup harmoni dan aman damai tanpa rasa prejudis antara satu sama lain.

Marhaen bimbang untuk jangkamasa panjang, dua benda ajaib itu tidak boleh diguna sepertimana kegagalannya untuk mempertahankan pulau Singapura dan pulau batu putih dari jatuh ke tangan Negara lain.



oleh : muramatsu,UK / http://www.tranungkite.net/v8/

12 ulasan:

fital berkata...

yang sulit lagi terselit memang kita tak tahu

Tanpa Nama berkata...

Jom rakyat perak kita pulak keluarkan kuasa sulit rakyatttt!!!

Unknown berkata...

DRS, program BTN tu ampeh jer..saya pergi tahun lepas selepas PRU12,mmg kaw2 fasilitator kutuk pembangkang..penceramah pon sama..kami yg menyokong pembangkang cuba mengajukan soalan,tetapi tidak dilayan.. yg saya nk ketawa nya ustaz,satu penceramah ni cakap yg PAS ni berasal dari UMNO,pemimpin PAS bawak orang bukan islam masuk berceramah dalam masjid.. yg pasal berceramah dalam masjid tu,saya rasa pemimpin BN sendiri..dorg sengaja memutar belit fakta.. ade lagi satu tu ustaz,bila saya ni disyaki penyokong tegar PAS,sorg fasilitator menegur saya,bertanyakan saya berasal dari mana,tinggal di mana..saya menjawab,saya sekampung dengan Datuk Husam Musa,terus di marah2nya saya..kami pelajar2 ipts pon tahu mane yg betul,mane yg xbetul..jgn nak perkotak katikkan pemikiran kami.. kalau program BTN tu salah satu projek BN utk mengutuk pembangkang, baik xpayah pergi.. xde pengisian yg penting,selain fakta sejarah yg berbelit2.. sejarah malaysia sendiri pon xbetul..semuanya nampak baik di pihak BN.. betul x ustaz?

Tanpa Nama berkata...

Sultan guna kuasa sulit. Rakyat guna kuasa langit. Ayuh , rakyat Islam Perak kita bermunajat tanpa henti supaya kuasa langit mengatasi kuasa sulit itu !!

Tanpa Nama berkata...

Sebab kalah kepada Portugis, Belanda, Inggeris, peti yang simpan kuasa sulit payah nak bukak. Singapura hilang, sebab kunci peti ada pada Tunku. Pulau Batu Putih hilang sebab kunci dah dibeli oleh Tokey Singapore.
Bila rakyat mempersoalkan, baru lah jumpa kuasa sulit, kuasa segala kuasa, yang mampu menghapuskan rakyat sendiri.
Akhirnya biar rakyat tiada, aku jadi raja. Tapi nak perintah siapa, biar pun rakyatku hanya lembu dan kambing, aku tetap jadi raja.

Tanpa Nama berkata...

Komen hampa hebat - hebat belaka nak tergelak aku, tapi apa yang hampa kata semua betoi belaka, tapi jangan tunjuk senjata sulit udah le, Hidup Nizarrrrrrrrrrrrrrrrr. Takbirrrrrr.

Tanpa Nama berkata...

...kuasa sulit yg hanya ampuh menindas rakyat sendiri, insaf lah ! kuburmu sedang melambai lambai,kita akan dibalut kain putih yg sama, bukan setera,jangan bertindak melindungi empayer perniagaan semata,amanah kedudukan mu sebagai payung rakyat jelata bukan untuk membolot harta !!. Wahai kaum marhaen ayuh ! kita sambut saranan pemudapas , agar kuasa tercabut dari yang aniaya! Allahu Akbar!

Tanpa Nama berkata...

Woiii! apa hal bawa cerita sulit sulit ni? Ni ada ceita tak sulit nak dengak?

Hang jebat ada gundik Sulit macam Altantuya tuuu hangpa tau dak !!

Ada Hang tuah baru, pelari anak Raja Selangor hangpa tau dak ? Sulit ke tak sulit?Dia tiru Hang Tuah yg pelari Tun Teja dari pahang! Kawin kat Siam lak! Ni la Raja Raja Melayu baru a? Tu semua kuasa sulit le selain dari alat sulitnya yg mencanak lain macam .

Kuasa sulit Raja yg lain ialah minta balak, jadi pemaju perumahan, jadi taukeh bela kerbau pendek ,taukeh /saudagar air anggur, dapat saham beb dalam syrkt macam sorang anak raja negeri entah apatah tu! Putri dia antara yg terkaya di Malaysia beb. Itu le kuasa yg sulit tapi tak sulit. So raja dan Sultan pls jaga rakyat ...still not to late beb

Tanpa Nama berkata...

boleh dak lepas ni rakyat pula guna kuasa sulit. lepas tu kita swastakan institusi raja. atawa tubuh saja Republik Rakyat Malaysia.

ADIL pada tempatNYA berkata...

SIAPA ZALIM!!!!!!!!

Sultan yang zalim???????.. atau rakyat yang zalim??????

JAWAPAMNYA: Sultan yang Zalim!!!!!!!!

Kamu sultan pernah datang melihat rakyat yang kesusahan….
Kamu sultan pernah mengambil tahu kemahuan rakyat….
Kamu sultan tahu apa yang rakyat hendak dari kamu….
kamu sultan tahu apa yang patut bagi pada rakyat….
kamu sultan tahu apa iman rakyat…
kamu sultan tahu apa hidup dalam kemewahan….
kamu sultan tahu apa maksiat semua langgar…
kamu sultan tahu apa untuk meninggikan ISLAM…
kamu sultan tahu tunjjuk teladan maksiat kepada rakyat..
kamu tahu sultan lagi 20 tahun kesultanan raja akan pupus…
kamu tahu apa sultan memerah keringat rakyat…
kamu sultan kamu fikir kamu hebat sangat…
kamu sultan tahu kamu juga akan MATI..
kamu sultan tahu apa darjat tinggi, mati kubur pun kena pijak…
kamu sultan tahu apa itu ISLAM..
kamu sultan jangan jolok sarang tebuan rakyat..
kamu sultan berajakan nafsu….
APA PUNYA RAJA…
SAlah rakyat nampak
SALAH RAJA tak nak MENGAKU…
PIIIIIIIIIRAH…
LOW kelas punya raja…..

Tanpa Nama berkata...

jangan lah berlebih lebihan dalam beremosi.nanti makan diri.kwn jgn terlalu rapat.lwn jgn terlalu benci

Tanpa Nama berkata...

sedar kita ,sedar diri.ada hikmah yang di beri .dalam hal ini satu ujian kelansungan yang lansung.jangan lah pertikai yang hak .mesti ada perkara yang kita tidak tahu