KUALA LUMPUR, 13 Feb : - "Jumlah tersebut termasuk gaji bulanan RM15,000, elaun percutian (RM20,000), sebuah kereta berserta pemandu, elaun bayaran bil bulanan (RM1,000), elaun pakaian bulanan (RM3,500) dan lesen untuk memiliki senjata api."
"Bagi jumlah keseluruhannya, kerajaan negeri akan berbelanja sebanyak RM720,000 setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun tiga penasihat tersebut."
Demikian dinyatakan Exco Kerajaan Negeri Perak , Nga Kor Ming yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Perak, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir yang dituduh menyalah guna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco.
Menurut Nga setiap penasihat tersebut akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM240,000setahun.
"Tidak terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan negeri Perak yang membenarkan pelantikan seumpama itu dibuat dan ia adalah wang rakyat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut semalam. Beliau diiringi oleh ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim masuk ke Pejabat SPRM.
Turut hadir ialah Pengerusi DAP Perak yangh juga Exco Kanan Kerajaan Negeri, Dato' Ngeh Koo Ham , ADUN Pakatan Rakyat dan para penyokong parti tersebut.
Semalam, Dr Zambry melantik tiga orang penasihat dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri. Keempat-empat mereka akan mendapat imbuhan sama seperti ahli exco kerajaan negeri yang lain.
Mereka terdiri daripada Dato' Mohd Najumuddin Elias yang dilantik sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama Islam; Dato' Chang Ko Youn (Penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan Dato' S Veerasingam (Penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Dato'Hamdi Abu Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri.-

6 ulasan:
Dr. Zambry tak cukup pandai gamaknya samapai terpakasa lantik 3 orang untuk menasihati beliau.
wau! 1 juta bolih beri fakir miskin ma.
derma kat gaza pon boleh..kan kan kan?
huh, 1 juta setahun kalau bagi kat anak2 perak yang belajar uitm pun sorang RM500 SETAHUN pun dah boleh dah ni
Patutlah nak rampas Perak sangat. Skim cepat kaya.....
Membazirkan duit rakyat, kami tidak redha hingga ke akhirat!
pas baik umno mcm .......anda tahulah nak katakan ape benda yang layak kpdnya...
Catat Ulasan