10 Februari 2009

Al Fatihah : Pengerusi yayasan Perak meninggal dunia.

Perginya sangat mengejutkan kawan dan lawan, malah peringkat awal saya sebarkan dalam blog ini ada yang tidak mempercayainya.Beliau ditemui terjatuh di bahu jalan berhampiran stesen minyak Petronas di pekan Batu Gajah dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital batu gajah. Semasa menunggu keretanya diperbaiki, allahyarham dikatakan meminjam basikal tuan punya kedai untuk ke Batu Gajah membeli ubat. Mungkin penat mengayuh basikal menaiki fly-over ke pekan Batu Gajah membuatkan Allahyarham diserang sakit jantung.

Saya sempat makan dan duduk bersebelahannya pada malam terakhir sebelum pemergiannya. Gambar di atas saya bersama Hanifa maidin, Hj. Zul negeri Sembilan dan Dr. Hatta berbual panjang selepas makan malam.

Beliau adalah Pengerusi Yayasan Perak yang dilantik sejak Pakatan Rakyat menang di Perak pada tahun.Antara pegawai Yayasan Perak yang hadir ialah Pengurus Besarnya, Jamal Mat Kasa dan En. Farid.

Malam tadi, semasa perhimpunan rakyat di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Allahyarham kelihatan seperti biasa, bergurau dan berjenaka bersama rakan-rakan. Beliau yang juga pengamal pengubatan Syifaq yang amat disenangi ramai. Segala aktiviti Allahyarham sebelum ini boleh diikuti di blog Parlimen Bukit Gantang.

Jenazah Allahyarham yang di bawah ke Hospital Batu Gajah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Changkat Larang, Pengkalan Pegoh. Orang ramai dijemput bersama-sama menunaikan solat jenazah yang akan diadakan pada jam 6 petang ini di Kampung Changkat Larang. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Changkat Larang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 11 orang anak. Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke-atas rohnya. Al-Fatihah

Bersama ini saya lampirkan beberapa gambar dari koleksi Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Perak, Hj.Anuar Hashim.

Beliau duduk bersebelahan dengan Ust. Mujahid bersama pemimpin PR lain di beranda atas pentas ceramah di kediaman MB (8 Feb).


Beliau sempat pindah tempat duduk dan duduk di sebelah Hj. Asmuni Awi.

3 ulasan:

fikrah islamiah berkata...

Mana ada pemimpin masyarakat mahu naik basikal untuk pergi ke kedai beli ubat sedangkan keretanya masih di bengkel. Sifat tawaduknya harus dipuji. Tetapi sebagai imej pemimpin harus juga diperhatikan faktor keselamatannya. Pembantu peribadi perlu mengambil tahu jadualnya dan tahu penyakitnya agar perkara seperti ini tidak berulang. Ajal tetap ajal namun sebagai hamba-Nya kita perlu berusaha.

Tanpa Nama berkata...

Mai Kita teruskan jihad.... kita buktikan pada BeEnd yang kita kuat kerana kita memperjuangkan yang kuat.... SEMOGA ALLAHYARHAM UST ROSLAN BERSAMA PARA SYUHADA DAN MUTTAQIN.

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Roslan Shahrum...Semoga Allahyarham ditempatkan bersama para syuhada