Memaparkan catatan dengan label Politik Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik Semasa. Papar semua catatan

25 Jun 2021

Jemaah Menteri nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk diadakan persidangan Parlimen - Peguam Negara


KUALA LUMPUR: Perlembagaan Persekutuan menetapkan Jemaah Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Sidang Parlimen, kata Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Beliau berkata, menurut Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan, baginda hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

22 Jun 2021

PRU-15: PAS yakin Muhyiddin akan buat pertimbangan wajar


KUALA LUMPUR: PAS yakin Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pertimbangan sewajarnya berhubung tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selagi negara masih berdepan krisis pandemik COVID-19.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata Perdana Menteri juga dipercayai akan memastikan semua lapisan masyarakat berada dalam keadaan selamat sebelum PRU-15 diadakan.

Ugutan tidak kena pada tempat akan makan diri: Annuar Musa

Ciapan Annuar menerusi Twitternya pada Isnin

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak yang pernah mentadbir negara sepatutnya memahami proses bagaimana urusan memanggil sidang Parlimen.

Menurutnya, mereka sepatutnya lebih tenang dalam memberikan pandangan mengenai perkara tersebut.

Muhyiddin beri bayangan PRU15 selepas Belanjawan 2022



JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung pada akhir tahun ini iaitu selepas Belanjawan 2022 dibentangkan.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Ayer Hitam, Datuk Osman Sapian yang mendedahkan perkara itu berkata, gambaran berkenaan diberikan Muhyiddin ketika mesyuarat Bersatu Johor yang berlangsung secara maya pada 16 Jun lalu.

Agong wajar bertindak atas nasihat Perdana Menteri, Kabinet

KUALA LUMPUR: Peruntukan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukkan Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Kabinet.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata perkara itu bertepatan dengan prinsip Raja Berperlembagaan.

21 Jun 2021

Ada sebab Agong perlu dengar nasihat PM


PETALING JAYA: Terdapat beberapa sebab mengapa Yang di-Pertuan Agong perlu mendengar nasihat Perdana Menteri dan Kabinet seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu catatan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan pensyarah undang-undang, Prof. Datuk Dr. Shamrahayu A. Aziz berpendapat, pelanggaran beberapa peruntukan tertentu akan memberi kesan kepada Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Agong dan Raja-Raja perlu berwaspada

ABDUL HAMID MOHAMAD (kiri) dan SHAMRAHAYU A. AZIZ

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu diharap supaya berwaspada bagi mengelakkan daripada termasuk perangkap mana-mana pihak yang cuba mencemarkan institusi diraja.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan pensyarah undang-undang, Prof. Datuk Dr. Shamrahayu A. Aziz dalam satu catatan mendapati, terlalu banyak pihak yang dilihat seolah-olah cuba memperguna institusi diraja hanya kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan sedia ada ketika ini.

20 Jun 2021

Desak PM buka Parlimen berpotensi jadikan politik negara tak stabil, kata PN Melaka

 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen, berkata pemimpin politik perlu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini supaya semua pihak menghentikan pergolakan dan segala usaha yang boleh menggugat kestabilan politik negara.

PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen, menegur tindakan beberapa ahli politik yang secara berterusan mendesak kerajaan dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan persidangan Parlimen.

Jawatankuasa dibentuk teliti persidangan Parlimen: PM


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebuah jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang telah dibentuk untuk meneliti aspek-aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan.

Beliau memberikan komitmen bahawa keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan.

Persidangan Parlimen: Boleh atau tidak? Bila? Siapa tentukan tarikh?

Seri Paduka zahir pandangan Parlimen perlu bersidang secepat mungkin bagi membolehkan ahli Dewan Rakyat membahaskan ordinan darurat dan pelan pemulihan. - Foto NSTP

Oleh  Prof Dr. Shamrahayu A.Aziz

PENGISYTIHARAN darurat oleh Yang di-Pertuan Agong pada 11 Januari lalu memberikan banyak pengalaman bagi Malaysia. Pelbagai perkara baharu berkaitan sistem dan urusan pentadbiran negara muncul dalam beberapa dimensi.

Apatah lagi, darurat atas sebab pandemik COVID-19 ini diisytiharkan dalam keadaan situasi politik negara yang mempunyai beraneka ragam kerenah.