19 Julai 2009

Suami terbaik.

Oleh : Udin

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . .."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

6 ulasan:

abu muaz berkata...

Kuang, kuang , kuang......berlagaklah dia.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha....kelakar.....

Tanpa Nama berkata...

itulah orang perempuan. pantang jumpa barang semuanya nak beli, suami yang pening.
biarlah kita miskin asalkan tapi dapat isteri yang solehah.

Puan Ainon Mohd. berkata...

Hmmm.... Ini cerita fiksyenkah?

Pesanan berkata...

tanpa nama 12:30AM bersangka buruk pada orang perempuan. Orang lelaki pun ramai juga yang rambang mata nak beli itu dan ini. Motosikal besar model baru, kereta sports model baru, segala macam alat elektronik yang canggih dan lain-lain.

yes berkata...

Boleh saya sambung cerita ini?

Lelaki tersebut mematikan talian dan menoleh kepada seorang lelaki yang separuh umur di sebelahnya. " OK Datuk XYZ, saya boleh luluskan projek tersebut dengan syarat Datuk boleh beri 20% dari harga yang di persetujui. Apa macam ? "