19 Julai 2009

Pakatan Rakyat Perak bantah kematian pembantu Exco Selangor dalam keadaan misteri.

17 Julai, 2009 Ipoh : Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan satu sidang akhbar pagi tadi bertempat di Wisma DAP , Medan Istana, Bandar Ipohraya.Sidang akhbar tersebut diadakan ekoran kematian dalam keadaan misteri Teoh Beng Hock, pembantu salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor , yang telah didapati mati akibat jatuh dari bangunan Wisma Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor petang kelmarin setelah memberi keterangan sebagai saksi di Ibu Pejabat SPRM Selangor.

Hadir dalam majlis tersebut ialah beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Perak. Antaranya ialah DS Nizar Jamaluddin, Datuk Ngeh Khoo Ham, Ngah Kor Meng, Drs.Khalil Idham Lim , Hj Mohd. Zainudin, Hj Hussin Din , Misbahul Munir, Chan Ming Kai,Leong Mee Meng dan sejumlah hampir 20 orang ADUN Pakatan Rakyat yang hadir..

DS Nizar berkata, “ Kematian Teoh Beng Hock menimbulkan tanda tanya yang amat besar kerana beliau dijangka mendaftarkan perkahwinannya pada hari ini.”

“Takkanlah orang yang sedang berasa seronok hendak berkahwin mahu membunuh diri?” tanya Nizar.

Nizar menuntut supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tragedi tersebut supaya rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Sidang pagi ini adalah sebagai menunjukkan solidariti kita , Pakatan Rakyat, merakamkan rasa sedih dan protes keatas kejadian yang tidak sepatutnya berlaku,” tambah Nizar.

Nizar meminta rakyat supaya membuka mata keatas kezaliman agensi-agensi kerajaan yang kerap kali berlaku.

“ Walaupun laporan demi laporan telah dibuat, namun tidak ada apa-apa yang dilakukan,” katanya lagi.

Pakatan Rakyat telah menghantar satu memorandum kepada SPRM sejurus selepas sidang media tersebut diadakan.

Selesai sahaja sidang akhbar itu, semua ADUN pakatan Rakyat telah bejalan kaki bersama rombongan untuk menyerahkan memorendum kepada pihak SPRM di pejabatnya yang terletak sekitar 1 kilimeter dari Wisma DAP tersebut.

Kehadiran hampir 50 orang rombongan yang diketuai oleh Dato' Ngewh Khoo Ham itu sempat mencuri perhatian dari pihak polis dari balai yang berdekatan untuk datang mengawal keadaan dengan jumlah pegawai sekitar 6 orang.

Memorendum telah diserahkan kepada pihak SPRM dan semasa memberi kenyataan ringkas kepada media sesudah itu, Dato' Ngeh menjelaskan inilah bukit bahawa Pakatan Rakyat tidak menimbulkan kekecohan sehingga selamat sampai ke SPRM dengan berjalan kaki dalam keadaan aman kalau tidak diganggu oleh pihak keselamatan.

6 ulasan:

yes berkata...

Saya tak setuju dengan YB Nizar yang mengikut sama dalam upacara menyalakan lilin, sam seperti saya tak setuju dengan PM MALAYSIA YANG MELETAK KAN KALONGAN BUNGA DI TUGU KEBANGSAAN.

mat sabung berkata...

Kematian Teoh mungkin satu lagi perkara ajaib yg entah ke berapa yg mmg kerajaan n pihak berkuasa tdk akn dpt selesaikan sampai bila2 ...nyawa ini ibarat sampah je bg mereka2 yg lagak nya seperti barbarian ini.kenyataan yg dikeluarkan oleh Pengarah SPRM patut dijadikan statement di mahkamah nt " rasa semua org dh dngr statement dia kt TV "..cuba byngkan berapa ramai org yg diperlukan utk mencampakkan mendiang Teoh kebawah tu?kalau dlm keadaan dia sedar dan melawan sy rasa 4 orang la kot diperlukan.

cuba lihat link yg sy paste ini pic ke #8,

http://blogs.wsj.com/photojournal/07/15/pictures-of-the-day-219/

dimana ortodox israel tgh bergelut dgn polis israel dn cuba lihat seluarnya yg telah koyak di bhgian punggungnya...kalau dilihat seluar ortodox israel yg telah koyak semasa bergelut itu seakan2 ada persamaan dgn kes mendiang Teoh dimana seluarnya juga telah koyak dibahagian punggungnya.

apapun marilah kita lihat sejauh mana kes ini akan diselesaian.

hm...misi one malaysia yg memberi gambaran dimana " dlm apa2 kes, rakyat diutamakan utk dihentam dahulu jika bertentangan dgn dasar kerajaan ".ingat, rakyat didahulukan!

Baba siam berkata...

kes ini harus di siasat & rakyat Malaysia berhak mengetahui segala2nya......

Hidup Rakyat! Hidup Pakatan!

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Indonesia mengamuk-amuk mendengar 'berita' sensasi penderaan Manohara (yang sangat diragui kebenarannya) tapi berapa kerat rakyat Malaysia yang protes dengan kematian Teoh? Sunnguh ironis.
Orang kampung Memali dibunuh, tahanan terbunuh dalam lokap, rumah roboh, kerajaan yang dipilih rakyat dalam pilihganraya yang sah diguling dan digantikan dan entah berapa banyak lagi jenayah dan perbuatan keji berlaku dalam negara, tapi sebahagian besar rakyat Malaysia buat tidak peduli. Asalkan 'periuk nasi' mereka tidak tergugat, mereka aman dengan maksiat dan kejahatan. Macam mana Allah SWT akan mengizinkan kerajaan yang baik mentadbir di Malaysia sedangkan rakyatnya (bukan semua) suka dan redha ditadbir oleh penjenayah?
Dan bagaimana dengan MCA? Rakan sebantalnya UMNO boleh sebarkan sentimen perkauman, tak mengapa. Hingga kaumnya terbunuh dalam keadaan begini pun mereka senyap seribu bahasa - tiada pembelaan. Adakah wajar kaum Cina teus menyokong parti seperti ini?

Baba siam berkata...

sokong MCA???
pigilah jahanam! Ong Ti keat....

Tanpa Nama berkata...

Jangan harap penyiasatan yang adil dan telus akan dilakukan oleh pihak kerajaan. Baik PDRM,SPRM,SPR dan semua agensi kerajaan termasuk pihak kesihatan (hospital) adalah dibawah kuasa BN. BN pulak dibawah kuasa Najib. BN = BAWAH NAJIB. Jadi macam mana boleh adil dan telus. Ingat tak kes Altantuya dan Kugan ??? PERCAYALAH... keputusan siasatan nanti akan memihak kepada semua agensi dibawah jagaan BN.