Oleh : http://alhusseyn51.blogspot.com/
18 Julai, Ipoh : Sebagai memperingati dan memprotes diatas trajedi kematian penuh misteri seorang pembantu Exco Negeri Selangor,mendiang Teo Beng Hock, di sekitar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor semasa memberikan penerangan di pejabat berkenaan pada hari Khamis, 16 Julai 2009 , Pakatan Rakyat Perak telah mengadakan suatu perhimpunan menyalakan lilin berhampiran dengan Wisma DAP disini malam tadi.Perhimpunan secara aman tersebut dihadiri lapisan masyarakat yang turut bersimpati diatas trajedi malang yang penuh misteri.Mereka hadir untuk menyatakan tanda kegelisahan rakyat dan menuntut keadilan untuk simangsa.
Turut hadhir dalam majlis itu ialah pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang antaranya ialah, Lim Kit Siang , Ngeh Khoo Ham, Idham Lim dan lain-lain.
Dalam ucapannya mengenai isu kematian misteri tersebut Lim Kit Siang berkata, “ Siapa yang akan percaya , Teoh, 30 , akan membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14 di Ibu Pejabat SPRM , sedangkan dia akan mendaftarkan perkahwinannya dengan seorang guru, Soh Cher Wei, 28 pada keesokannya dan Soh sedang mengandung dua bulan?”
“Insiden ini telah mencetuskan perasaan takut dan curiga orang ramai terhadap kebolehpercayaan SPRM khasnya dan pihak penguatkuasa kerajaan amnya dalam menjaga kepentingan rakyat dan Negara”
Lim berharap dapat menemui PM Najib Tun Razak sekembalinya dari luar negeri dalam masa yang terdekat ini.
Perhimpunan yang sederhana itu turut dikawal rapi dan dipantau oleh pasukan keselamatan yang membenarkan majlis tersebut berjalan sehingga jam lebih kurang 10.30malam.
3 ulasan:
Taziah! kpd saudara Teo dan keluarganya...
satu badan bebas penyiasatan harus ditubuhkan utk menyiasat kes ini. kami rakyat Malaysia behak mengetahui segala kemungkinan yg mengakibatkan kematian saudara Teo.....Hampa betul!!!
SPRM badan ini harus juga beri penjelasan kpd seluruh rakyat Malaysia....
AKU SOKONG PAKATAN RAKYAT, DAN SEMUA PARTI-PARTI DALAM BN, KELUAR BN, BIAR AMNO TINGGAL SEKOR SAHAJA. SEBAB MEREKA MEMPUNYAI HASAT DENGKI KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG TAK SOKONG MEREKA.
kerajaan wajib tubuhkan suruhanjaya diraja utk siasat kes ni...
MALAYSIA sekarang mmg dah tak selamat...
Catat Ulasan