ANDAINYA RAKYAT MEMILIH PAKATAN RAKYAT HARI ITU SUDAH PASTI SEMUA INI TIDAK BERLAKU. SUDAH DIBERI AMARAN AKAN AKIBATNYA KALAU TERSALAH UNDI....
INILAH YANG SEDANG BERLAKU......
Kabinet kaji kadar tarif baru elektrik Oleh Azrina Ahzan dan Sharifah Salwa Syed Akil
bhnews@bharian.com.my
Dikuatkuasa Ogos jika lulus
PUTRAJAYA: Kabinet dijangka membincangkan cadangan kenaikan kadar tarif elektrik baru pada Rabu ini dan jika diluluskan ia akan dikuatkuasakan bulan depan
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, berkata Kertas Kabinet mengenai perkara itu akan dibentangkan pada mesyuarat berkenaan untuk perbincangan dan kelulusan.
Katanya, kenaikan itu dianggap perlu memandangkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak mampu lagimenampung kos kenaikan bahan api khususnya minyak.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kenaikan itu tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana kerana kementerian mempunyai mekanisme khusus untuk meringankan beban mereka.
"Kertas kerja mengenai kadar tarif baru elektrik itu sudah diluluskan Majlis Penasihat Ekonomi Negara baru-baru ini dan kementerian perlu mendapat kelulusan daripada Kabinet sebelum boleh mengumumkannya.
"Kenaikan ini tidak dapat dielakkan kerana kerajaan dan TNB sudah tidak mampu menampung kos subsidi berikutan ketidakstabilan harga minyak di pasaran dunia," katanya kepada media selepas menghadiri majlis pelancaran logo baru kementeriannya di sini, semalam.
Kelmarin, Chin dilaporkan berkata, kadar tarif baru elektrik akan diumumkan tidak lama lagi kerana kajian mengenainya sudah siap.
Kali terakhir kerajaan mengumumkan tarif elektrik ialah pada 1 Mac lalu dan ia membabitkan penurunan antara 2.5 peratus hingga lima peratus.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan akan meningkatkan promosi teknologi hijau dalam usaha menggalakkan penggunaannya di kalangan orang ramai dan industri.
Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk N Marimuthu berkata, pihaknya berharap tarif baru itu tidak membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.
"Kita tahu kenaikan ini tidak dapat dielakkan tetapi jika benar ada kenaikan ia tidak sepatutnya menyusahkan golongan berpendapatan rendah. Jika ada, mereka perlu mencari jalan supaya rakyat tidak terus dibebani kenaikan ini.
"Mungkin juga kerajaan boleh memberikan permit teksi individu kepada golongan ini bagi memastikan mereka tidak terus berdepan dengan masalah kewangan," katanya ketika dihubungi.
Marimuthu berkata, rakyat boleh melakukan sesuatu sekiranya tidak mahu terus dibebani dengan kenaikan tarif baru elektrik kerana kuasa ada di tangan mereka dan sebagai pengguna mereka boleh berbuat sesuatu dengan berjimat cermat.
Tambang baru teksi bermula RM3
16/07/2009 1:12pm
KUALA LUMPUR 16 Julai – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini mengumumkan kadar baru untuk tambang teksi di Lembah Klang.
Beliau berkata, kadar baru ini akan bermula dengan RM3 untuk satu kilometer yang pertama berbanding dahulu iaitu RM2.
Katanya, bagi jarak pula setiap 115 meter, kadarnya adalah 10 sen berbanding dahulu 10 sen untuk setiap 150 kilometer.
Selain itu, untuk keadaan teksi ketika tidak bergerak pula, kadarnya sekarang adalah 10 sen untuk setiap 21 saat berbanding dahulu 10 sen untuk 45 saat.- Utusan.
Tambang bas sekolah berhawa dingin naik 30 peratus
16/07/2009 2:38pm
KUALA LUMPUR 16 Julai - Kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus bermula 1 Ogos, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz di sini hari ini.
- BERNAMA
'Kadar tambang baru terlalu tinggi'
KUALA LUMPUR: Orang ramai, khususnya ibu bapa pelajar berasakan kadar kenaikan tambang bas sekolah yang diumumkan kelmarin, terlalu tinggi dan membebankan keluarga mempunyai ramai anak yang masih bersekolah.
Serentak itu, mereka meminta kerajaan mengkaji semula keputusan itu kerana berpendapat pengumuman terbabit adalah tidak sesuai ketika orang ramai terpaksa berhadapan dengan pelbagai kenaikan harga barangan ketika kegawatan ekonomi.
Peniaga roti canai, Mohd Dalizan Yusuf, 29, berkata beliau tidak setuju kerana kenaikan tambang berlaku ketika kegawatan ekonomi dunia, walaupun tempiasnya di negara ini masih belum begitu ketara.
Katanya, kebanyakan pengguna pengangkutan awam terutama bas henti-henti dan bas sekolah, terdiri daripada golongan berpendapatan rendah atau tidak berpendapatan tetap, yang pastinya akan menambah beban mereka.
"Kenaikan tambang bas sekolah pasti akan memberi kesan kepada mereka yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah dan menggunakan kemudahan berkenaan," katanya.
Guru Tabika Kemas, Sarbiah Ngah, 47, berkata beliau tidak bersetuju dengan kenaikan tambang itu kerana ia membebankan ibu bapa yang berpendapatan rendah.
"Kenaikan tambang bas sekolah tidak praktikal pada masa sekarang kerana situasi ekonomi tidak begitu memberangsangkan dan pastinya membebankan ibu bapa yang mempunyai ramai anak bersekolah," katanya yang mempunyai tiga anak yang bersekolah.
S Saraswathy, 29, berkata beliau kecewa dengan kenaikan tambang bas sekolah kerana ibu bapa perlu mengeluarkan perbelanjaan lebih berbanding pendapatan yang diperoleh setiap bulan.
"Pendapatan yang diterima masih sama tetapi perlu mengeluarkan lebih banyak belanja," katanya yang bekerja dengan sebuah syarikat pembersihan.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Pergerakan Pengguna Sabah dan Labuan (Cash), Datuk Patrick Sindu, berkata kerajaan perlu memastikan pengusaha pengangkutan awam meningkatkan kualiti perkhidmatan supaya seimbang dengan kadar tambang baru.
Katanya, jika tiada perubahan perkhidmatan itu, kerajaan perlu mengenakan tindakan tegas terhadap pengusaha, termasuk tidak memperbaharui permit.
"Pengguna tidak akan merungut jika perkhidmatan yang disediakan memuaskan. Jika selepas ini pengusaha masih menggunakan bas buruk dan tidak selesa, kerajaan perlu bertindak tegas," katanya.

15 ulasan:
mampus BN!
Ini lah hadiah yang ditunggu2 olih pengundi2 ubn.Terima kasih PM kita tunggu PRK13.
TAHNIAH kepada BN....Semoga berkubur pada PRU-13 nanti...
padan muka RAKYAT MALAYSIA yang pangkah BN...
akibatnya semua rakyat malaysia jadi mangsa...
debatapasaja.blogspot.com
hahahaha..... saya dah cakap dah. diaorg dah marah sebab tak menang2 pilihanraya kecil. sekarang dia org marah dan nak ajar rakyat siapa yang berkuasa di Malaysia, rakyat atau kerajaan.
padan muka korg yang tak undi PR masa PRU hari tu.
BAGI 11 HADIAH BUKAN BAGI PERCUMA TAPI KENA BAYOR. MEREKA KUTIP SEMULA BAYARAN DENGAN NAIKKAN TAMBANG BAS N TEKSI BERMULA 1 OGOS DAN NAIKKAN HARGA PETROL BERMULA 1 SEPTEMBER DAN KEMUDIAN NAK NAIKKAN TARIFF ELEKTRIK PULAK LAGI, LEPAS TU HARGA BARANGAN PENGGUNA PULA NAIK, PENYOKONG BN PENYOKONG PR PAKAT-PAKAT KELUAR DUIT LEBIH UNTUK MENANGGUNG KOS HIDUP YANG SEMAKIN MENJERUT!!! WAHAI SAHABAT2 PENYOKONG DAN AHLI BN UDAH-UDAH LAH WEH SOKONG BN LAGI!!! TUKARLAH PULAK KEPADA PR!!! MARI LAH SESAMA KITA TUKAR KERAJAAN BARU PADA PRU KE-13 NUN!!!
Salam. Tuan, yang peliknya ialah harga minyak mentah yang naik, tetapi setahu saya kebanyakan stesen jana letrik yang supply pada national grid menggunakan hydro ataupun gas asli. Contoh yang guna gas asli ialah stesen Paka, Prai dan beberapa IPP yang lain. Ni nampak gayanya semacam nak melantak duit rakyat!!!
Rakyat mudah lupa khususnya orang melayu di kampung - kampung dan khusnya orang melayu di perak.. masih tak sedo lagi ke yop dan yong... naye je kome sokong UMNO/BN ambik negeri perak.. sokong lagi le UMNO/BN.. bila zambry MB haram datang tempat kome..duyun-duyun deme dtg sambut...inilah padahnya...konon kerajaan perak skrg ni rame melayunya ... nah skrg rasale..apa si najib buat kat kome..teman tak kesah sebab gaji teman beso..tapi teman kesian kat orang gaji kecik koje kerani... buruh.. gaji hari..jaga.. ntah le tak tau nak buat mcm mana dgn dema ni..teman dah meluat dgn org melayu yg jenis tak tahu pikir...lu pikirlah sendire kata nabil...
yang susah orng yang berpendapatan rendah...tapi yang peliknya golongan ini lah yang ramai memangkah BN...orng berpendidikan seperti di KUALA lumpur yang mampu dengan berapa pun kenaikan memangkah PR di WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA lUMPUR dimana hanya satu saja kerusi BN yang dimenangi PRU yang lepas...hahahha...pangkah UMNO konon nak jaga MELAYU....pangkah la lg..
yang aku hairan ,, rakyat pangkah gak UBN ???
mampus UBN...tunggu kau PRU 13 dan PRK yg lain
INI AMAT PEDIH PADA GULONGAN PESARA. KAMI TIDAK PERNAH MENDENGAR SESIAPA PUN YANG MEMPERJUANGKAN NASIB KAMI. AGAKNYA KAMI NI DAH DI WRITE OFF. ADAKAH UNDI KAMI JUGA DIPANDANG REMEH?
ya....kita tunggu yg BE END!...petanda2 awal BE END nk let go tu...buat lg, buat jgn tk buat yg menyusahkan rakyat!...kena sepaq la nt PRU13 nt!
teman udah agak dah weihh..
Hmmm ... aku teringat cakap kawanku limabelas tahun dahulu berkenaan dengan orang melayu yang menyokong umno, kata beliau orang menyokong umno ni ibarat orang yang berteduh dibawah pokok kelapa, tiba-tiba buah kelapa yang rosak ditebuk tupai luruh dan timpa ke atas kepala orang yang dok berteduh tadi sehingga pengsan, nasib baik tak padam. Selang beberapa waktu orang tersebut kembali sedar dan tanpa syak wasangka apa-apa terus berteduh dibawah pokok kelapa itu juga.
Catat Ulasan