Dalam keadaan hujan semakin lebat akhirnya, masa pengundian tamat jam 5.00 petang sebentar tadi.Penyokong kedua pihak nampaknya tidak mahu berganjak dari pintu masuk sekolah tempat mengundi.
Bagi pihak PAS Majlis bacaan doa diketuai oleh Dato' Ibrahim Tuan Man.Anehnya UMNO mengikut trend PAS dengan berdoa juga diakhir perhimpunan.
Cuma bezanya PAS dengan BN adalah Ulama' terkenal dan yang aminkan semuanya insya Allah taat kepada hukum ALLAH. Semuanya sembahyang dan menutup aurat bagi yang muslimatnya.
Pelik bin ajaib sebelah BN tukang baca doa pakai topi dan tok jahil.Ahli yang aminkan adalah pelanggar hukum ALLAH.
Mudah-mudahan doa kami akan dimakbulkan oleh ALLAH.orang hindu pun hairan macammana BN ikut trend PAS hari ini.
Inilah pening lalat yang menghiasi saat akhir sebelum kami bersurai.
13 ulasan:
Drs,Kelebihan bersama ulama.Penghujung hari ditutupi doa.Semoga pembuka mata bagi hati yg belum terpatri. Setulus hasrat semurni harapan. Nona ratana Chulaborn.
Minta perbetulkan. Berdoa bukan trend PAS. Ia amalan umat Islam. Kalau penyokong UMNO turut berdoa, biarkan.., kerana hak Allah memakbulkan doa dari mana-mana hambanya yang diRedhoi. khirnya juga, keikhlasan dan ketaqwaan dalam beramal itlah yang penting disisi Allah.
hmm...macam riak je bunyinya...
Semoga Allah SWT memberikan kemenangan mutlak kepada pihak Pakatan Rakyat. Amin...!
apa la u bro, hal kecik pun nk bangkit...aduh...
Bersyukur kita kepada Allah kalau BN mahu menurut apa yang kita buat. Sebagi du'aat itu yang kita harapkan.
salam. kalaulah dapat lihat foto 2 puak yg berbeza ini. tentu sadis.
terus berdoa,moga pas menang
berdoa tak salah. jgn jadi isu. waras skit
Mod, teruskan dengan berita terkini...
Mod, teruskan dengan berita terkini...
Mod, teruskan dengan berita terkini...
erm..saya pun rasa begitu.. Doa untuk orang Islam..tak kisah sama ada siapa pun berdoa... Hati-hati Drs.. nanti orang salah faham...
Catat Ulasan